,
Laman Utama

Popcorn Time! Ford Vs Ferrari & Joker Antara Filem Hebat Anda Boleh Layan Hujung Minggu Ini!

Hanafis Haris
18/09/2020
11:53 MYT

Hujung minggu pastinya masa yang paling dinanti-nantikan terutama buat penggemar filem.

Ketika inilah masa yang terluang untuk menikmati filem lakonan hebat baik aktor Hollywood atau Bollywood.

Tambahan pula jika filem itu antara yang meraih pencalonan hebat di anugerah berprestij seperti Oscar.

Jadi apa pilihan terbaik untuk anda tonton minggu ini? Kami senaraikan tiga filem blockbuster yang wajib anda nikmati di Astro.

1) Ford Vs Ferrari

Buat anda yang meminati dunia perlumbaan atau automotif, filem ini wajib untuk anda layan!

Dibintangi oleh Christian Bale sebagai pemandu lagenda kelahiran British, Ken Miles dan juga Matt Damon sebagai lagenda sukan permotoran Amerika, Caroll Shelby.

Filem ini mengisahkan pertelingkahan antara dua jenama iaitu Ford dan Ferrari pada era 60’an, seterusnya melahirkan Ford GT40 yang dibina semata-mata mahu memalukan Ferrari dalam perlumbaan Le Mans 24 Jam.

Bagaimana pengakhirannya, anda perlulah tonton filem hebat ini.

Filem tersebut bakal ditayangkan pada 19 September pada jam 10 malam.

Anda boleh tontonnya di Fox Movies (CH413 HD | CH433) dan On Demand.

2) Joker (2019)

Rugi sekiranya anda tidak menonton karya hebat ini kerana Joker antara filem yang mendapat pencalonan tertinggi di Oscar.

Filem arahan Todd Phillip ini menerima 11 pencalonan keseluruhannya.

Lebih manis lagi, pelakon utamanya Joaquin Phoenix berjaya meraih anugerah Oscar pertamanya sebagai pelakon terbaik.

Filem Joker mengisahkan bagaimana seorang yang teruk dibuli berubah menjadi individu ganas dan mula meraih kemasyhuran kerana kekejamannya itu.

Joaquin Phoenix membawakan watak sebagai Arthur Fleck, seorang badut yang kemudiannya berubah menjadi musuh kepada Batman paling ikonik.

Filem ini turut ditayangkan pada 19 September jam 9 malam di HBO (CH411 HD | CH433) dan On Demand serta HBO GO.

3) Into the wild with Bear Grylls and Akshay Kumar

Pernah tak anda terfikir untuk meminum air kencing lembu setiap hari bagi tujuan penjagaan kesihatan dalaman?

Jangan tak percaya itu semua telah dilakukan oleh pelakon Bollywood, Akshay Kumar .

Malah, Akshay turut mendedahkan dia pernah meminum teh dari najis gajah.

Semua itu didedahkan ketika penggambaran rancangan pengembaraan Bear Grylls di hutan simpan di India.

Rugi jika tidak tonton program ini kerana ia telah pun trending di India.

Anda boleh tonton aksi dan pengembaraan penuh mencabar Akshay ini pada 20 September (Ahad) di Discovery Channel (CH552 HD | CH572) dan available On Demand.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.