,
Laman Utama

Polis Tahan Bapa Pelakon Remaja Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Shahrin Zulkifle
07/09/2022
23:00 MYT
Polis telah menahan bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap anaknya, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, permohonan reman telah diperoleh daripada mahkamah sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.
"Polis membuat tangkapan pada 2.25 petang dan turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang kemudian dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa.
"Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Kelmarin, polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.
Dalam satu kenyataan terdahulu, Wan Azlan berkata, mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya.
Kejadian itu dipercayai berlaku sejak 2013 sehingga 2017.
Tambah Wan Azlan, mangsa turut menyatakan kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia enam tahun dan ketika itu mereka tinggal di kawasan Subang Jaya.
Baru-baru ini, pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temu bual di YouTube 'Bros Gang TV' membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya yang didakwa suka menonton filem lucah.
Menerusi temu bual itu, pelakon itu turut mendakwa dia sering diraba dan dicium bapa kandungnya, ketika dia berusia lima hingga enam tahun.
Lelaki itu juga didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelakon remaja itu termasuk melakukan onani di hadapannya.
Malah dia dikatakan mengajak anak perempuannya itu menonton video lucah bersama-sama.
Bapa mangsa juga difahamkan turut telah membuat laporan polis bagi menafikan segala pertuduhan yang dilemparkan oleh anaknya itu.
Sumber - Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.