,
Laman Utama

Polis Sudah Terima e-Mel Balas Keterangan Daripada Caprice Dan Nadir

Fiza Kamarudin
03/09/2021
09:19 MYT
Polis selesai mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel.
"Kita menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada Ahad lalu sebelum mereka selesai menjawab semua soalan diberikan oleh pegawai penyiasat.
"Kita telah menerima e-mel balas bersama jawapan daripada mereka baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Ashari berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan, sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Pada 21 Ogos lalu, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk berhubung dengan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan Caprice.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.