,
Berita

Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

Gempak
17/08/2024
07:55 MYT
Polis merakam keterangan lapan individu susulan kes melibatkan kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, pada Khamis.

"Seramai lapan individu telah direkodkan keterangan dan siasatan lanjut masih berjalan​

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses itu merupakan sebahagian daripada aspek siasatan berkaitan kes berkenaan.
"Seramai lapan individu telah direkodkan keterangan dan siasatan lanjut masih berjalan," katanya.
Dalam pada itu, Hussein berkata, beliau mengadakan tinjauan di sekitar lokasi arwah dilaporkan kali terakhir berada iaitu sekitar Jambatan Kota dekat Sungai Klang pada Jumaat.
"Lawatan saya ke lokasi berkenaan menjurus kepada beberapa perkara yang perlu disiasat melibatkan sebarang unsur jenayah berlaku, masalah peribadi serta mental.
"Kita akan siasat sama ada arwah ada mengalami masalah dari segi keadaan mentalnya, atau dia ada gangguan serta pernah dapatkan sebarang rawatan mental sebelum ini," katanya.

Pihak Berkuasa Kesan Rakaman CCTV

Dalam pada itu, Hussein berkata, setakat ini pihaknya mengesan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar bangunan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang memaparkan kelibat arwah.
"Menerusi semakan CCTV itu, ada memaparkan arwah sedang berjalan dan rakaman menunjukkan dia sedang berjalan berseorangan menuju ke arah jambatan.
"Bagaimanapun, rakaman itu setakat itu sahaja dan tidak nampak sehingga ke lokasi terakhir yang arwah dikatakan berada, jadi ia tidak melihatkan apa yang berlaku kepada arwah," katanya.
Sebelum ini, sumber melaporkan siasatan kes kematian Nidza Afham diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Ia didapati susulan bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.
Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Tiada Barang, Dokumen Milik Nidza Afham Hilang

​BERITA TRENDING: “Rakaman CCTV Nampak Nidza Afham Beli Air, Keluar Minum” - Abang ipar

BERITA TRENDING: “Nidza Afham Perbaiki Solat & Mahu Jadi Imam” - Abang Allahyarham

​BERITA TRENDING: Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”

Sebelum ini, penyanyi terbabit dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, kira-kira jam 11.53 malam pada Selasa.
Susulan itu, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, jam 7 malam Rabu.
Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.