,
Laman Utama

Polis Nafi Dakwaan Pemilik Twitter Dolla Dalam Kejadian Di Puchong

Izwan Isa
23/12/2022
07:50 MYT
Polis pada Khamis menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.
"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya. Mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.
Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya. Terdahulu, pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.
A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.