,
Laman Utama

Polis Minta Rider Syarikat Penghantar Makanan Gaduh Dengan Lan Pet Pet Tampil Buat Laporan Untuk Bantu Siasatan

Fiza Kamarudin
11/05/2021
00:20 MYT
Pekerja syarikat penghantar makanan yang terbabit dalam pergaduhan dengan pelawak popular, Lan Pet Pet sehingga tular di media sosial, belum tampil membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sehingga kini penunggang motosikal terbabit belum tampil membuat laporan polis.
"Sehubungan itu, polis meminta supaya individu terbabit tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, polis sudah menerima laporan dibuat Lan Pet Pet berhubung pergaduhan membabitkannya dengan pekerja syarikat penghantar makanan yang tular di media sosial.
Menerusi video dirakam pengguna jalan raya itu, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.
Pada masa sama, Lan ditenangkan tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian di tepi jalan raya itu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.