,
Berita

Polis Kesan Pemilik Bagasi ‘Terbiar’ Di Parkir Pusat Beli-Belah Yang Berisi Wang Lebih RM500K

Gempak
21/03/2024
15:27 MYT
Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya tidak menyangka bagasi yang ditemukan di tempat meletak kenderaan di premis tersebut berisi wang tunai melebihi setengah juta, pada Rabu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya daripada pengawal keselamatan warga tempatan terbabit pada jam 8 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan pada beg bagasi warna merah jambu dan putih bersaiz sederhana itu berisi nota wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.
“Kita percaya wang tersebut adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).
“Justeru, kita minta mana-mana individu atau pemiliknya untuk tampil dengan membawa bukti berkaitan ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79662222,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Subang Jaya pada Khamis.
Beliau berkata, pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah tersebut untuk kenal pasti individu berkaitan.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut kertas enkuiri polis.
“Sekiranya ia (wang tunai) tidak dituntut, wang ini kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tin Dalam kes berasingan, Hussein berkata, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang berperanan sebagai penjaga stor dan transporter ditahan dengan rampasan arak seludup di sebuah rumah di Petaling Jaya pada Jumaat lalu.
Tambah beliau, serbuan pada jam 4.10 petang oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih bertindak merampas 13,087 botol dan tin arak disyaki seludup untuk pasaran tempatan.
"Kes di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 kerana memiliki arak lari cukai," ujarnya. dakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Sumbat Satu Keluarga Kucing Dalam Bagasi, Netizen Caci Pembuang Kucing - “Semoga C*laka Lah Hidup Manusia…

BERITA TRENDING: Naik Flight 20 Jam Dari Paris Ke Bali, Mentua Nourul Depp Tertinggal Bagasi Di Singapura – “Kami Tunggu 1 Jam…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.