,
Laman Utama

Poligami, Selingkuh, Betul Ke Lelaki Pilih Curang Sebab 5 Alasan Ini?

Maliah Surip
23/08/2023
08:56 MYT
Kisah curang dialami oleh banyak pasangan di seluruh dunia. Ada yang melakukan ‘kerja’ curang ini secara terang-terangan dan kemudian berbangga dengan perlakuan yang dibuat sementara ada juga yang memang sangat berahsia dan memastikan kisah cinta serta ‘kekasih gelap’ tidak dapat dihidu oleh sesiapa pun.
Tapi apakah alasan seseorang terutama lelaki berlaku curang dalam perhubungan termasuk masih cuba mencari cinta baharu setelah berkahwin?
Ini antara 5 alasan yang selalu digunakan oleh seseorang yang curang seperti disenaraikan oleh portal Viva.co.id.

Emosi & Batin Tidak Puas

Ramai lelaki dikatakan menggunakan alasan batin secara seksual dan emosi tidak puas menjadi mendorong mereka curang.
Oleh kerana tidak puas dalam melakukan hubungan kelamin suami dan isteri, lelaki cuba mendapatkannya dengan cara salah iaitu berlaku curang.
Selain itu dari segi emosi, lelaki menggunakan alasan kurang dihargai dan tidak mendapat perhatian secukupnya adalah antara faktor mengapa mereka berlaku curang.

Cari Pengalaman Baharu

Menjalani sebuah perhubungan dalam jangka atau tempoh panjang mungkin melelahkan bagi sesetengah pihak.
Lantaran itu apabila seseorang mula berasa bosan, mereka akan mencari pengalaman baharu termasuk menjebakkan diri dalam hubungan curang.
Walaupun mencari pengalaman baharu ini mungkin penuh risiko tetapi sesiapa yang curang atas dasar alasan tersebut memang sengaja melakukannya untuk merasakan kembali sensasi dalam sesebuah perhubungan.

Masalah Komunikasi

Masalah komunikasi mungkin bukan hanya terjadi kepada lelaki tetapi wanita. Dan masalah komunikasi juga sering menjadi alasan berlakunnya hubungan terlarang.
Kurang komunikasi, selalu tegang dalam berkomunikasi atau selalu tidak didengari oleh pasangan menjadi penyebab seseorang beralih arah atau mencipta perhubungan baharu kerana orang lain yang dikenali disifatkan lebih memahami dan mendengar.

Tak Percaya Diri

Ada juga lelaki yang curang kerana tidak percaya diri. Ini bermaksud mereka menjalin hubungan terlarang untuk memastikan diri mempunyai kemampuan yang baik dalam sesebuah perhubungan cinta yang dicipta.
Dengan berkenalan dan seterusnya berjaya menjalin hubungan terlarang memberi mereka kepercayaan diri yang tinggi.

Punya Kesempatan

Kata orang jika punya kesempatan mengapa tidak digunakan? Itulah yang terjadi bagi segelintir ‘kaki curang’ yang bijak menggunakan kesempatan sewaktu bersosial dengan orang sekitar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar