,
Gaya Hidup

#PMTepiKakGee: "Saya Ni Manalah Kacak Sangat... Sampai Orang Ejek Saya Macam-Macam" - Nak Jadi Komposer, Remaja OKU Pendengaran Ini Kurang Keyakinan Diri

Gempak Spot
15/05/2020
23:31 MYT
SOALAN:
Kak Gee, saya merupakan seorang remaja OKU masalah pendengaran. Saya berusia 19 tahun.
Saya mempunyai bakat dalam bidang muzik. Boleh bermain gitar, piano, drum dan juga gamelan.
Tapi masalah saya ialah saya kurang keyakinan diri sejak Tingkatan 3.
Sebelum melangkah masuk ke sekolah menengah, saya tidaklah ada perasaan malu sangat. Saya boleh buat persembahan atas pentas dan di khalayak ramai.
Mungkin saya rasa impian saya untuk menjadi komposer terhenti begitu saja sebab saya rasa saya tak mampu bersaing dengan rakan-rakan lain.
Ye lah, zaman sekarang kan semua pentingkan rupa.
Saya ni manalah kacak sangat. Sampai orang ejek saya macam-macam.
So, saya rasa macam kurang keyakinan diri. Ada masalah keyakinan diri yang rendah. Saya mana ramai kawan.
Itu saja luahan saya. Sekian, terima kasih.
JAWAPAN:
Terima kasih adik kerana sudi meluahkan perasaan kepada Kak Gee.
Pertama, adik perlu bersyukur dan bangga kerana dikurniakan oleh Allah bakat besar dalam bidang muzik walaupun adik mempunyai masalah pendengaran. Alhamdulillah atas kurniaan yang Allah berikan!
Bakat yang dianugerahkan kepada adik seharusnya digunakan untuk cara yang baik.
Tapi, Kak Gee faham... Adik kini sedang bergelut dengan diri sendiri bila adik mengalami masalah kurang keyakinan diri.
Pertama, adik haruslah membuang jauh-jauh perasaan negatif itu.
Duduk seketika, fikirkan mengenai impak buruk yang adik bakal hadapi jika adik terus patah semangat dan bersikap negatif.
Ia tidak membawa adik pergi jauh bukan?
Bergaul dengan orang positif, terutamanya mereka yang mempunyai minat yang sama dengan adik iaitu muzik.
Jauhkan diri adik daripada orang yang sering melemahkan semangat adik, mengejek adik serta mereka yang membawa aura negatif dalam persekitaran adik.
Jadikan segala kata cacian dan ejekan sebagai azimat, pembakar semangat dan pendorong untuk adik mencapai cita-cita.
Terus berfikiran positif dan seringlah memohon kepada Allah agar Dia memakbulkan impian adik.
Apa yang penting, adik tidak harus memandang ke belakang dan memikirkan perkara yang melemahkan adik.
Teruskan berusaha sehabis baik kerana usaha adalah tangga kejayaan!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

gempak
06/02/2023
12:45 MYT
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ibu Bimbang Anak Ketagih TikTok, Usia Baru 11 Tahun

gempak
02/07/2021
14:20 MYT
ini dilema para ibu bapa zaman sekarang
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Jiran Belakang Rumah Meninggal Sebab COVID 19, Mak & Bapa Masih Anti Vaksin

gempak
12/06/2021
05:30 MYT
aduhai jangan terpengaruh dengan khabar tak betul
PMTepiKakGee

PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga

gempak
04/05/2021
14:29 MYT
Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Demam Sikit Covid, Batuk Sikit Pun Covid” - Pemuda Tertekan Rakan Terlalu Paranoid

gempak
28/04/2021
14:24 MYT