,
Laman Utama

PM: Sambutan Tahun Baru Dibatalkan, Ganti Solat Hajat & Doa Selamat

Fiza Kamarudin
31/12/2021
00:36 MYT
Majlis Sambutan Tahun Baru 2022 telah dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan majlis tersebut pada malam ini di Masjid Putra, Putrajaya.
Beliau berkata, solat hajat dan doa selamat diadakan sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok(malam ini).
"Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Hantaran itu turut disertai dengan poster majlis berkenaan yang akan bermula pada 7 malam.
Perdana Menteri turut menyarankan masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri agar menganjurkan majlis sama.
Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing, katanya.
Beliau berharap segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.