,
Laman Utama

PM Jamin Tiada Lockdown Pada Hari Raya Aidilfitri

Awani
12/02/2022
01:14 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan rentas daerah serta negeri dalam usaha mengawal penularan COVID-19, termasuk pada Aidilfitri nanti.
Beliau berkata, sebaliknya kerajaan hanya akan melaksanakan sekatan secara bersasar bergantung kepada jumlah jangkitan di setiap kawasan.
“Kita sudah tahu betapa sukarnya kehidupan rakyat apabila PKP dilaksanakan yang mana kerajaan sudah membuka semuanya dan membenarkan rakyat kembali berniaga dan sebagainya.
“Begitu juga dengan pergerakan merentas negeri kerana kita tidak akan menyekat lagi pergerakan, cuma pintu sempadan negara sahaja belum dibuka lagi disebabkan kes yang tinggi di luar negara.
“Sesetengah negara juga masih menutup pintu sempadan mereka, tetapi dalam negara kerajaan sudah benarkan sepenuhnya untuk merentas termasuk balik raya (Aidilfitri) nanti. Cuma kita sendiri kena tahu mengawal supaya kes tidak terus merebak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Ramah Mesra bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang yang diadakan secara tertutup di Dewan Putra, Padang Lerek, pada Jumaat.
Mengulas lanjut katanya, sekiranya PKP sekali lagi dilaksanakan rakyat hanya akan menerima impak negatif selain sektor ekonomi dan pelancongan akan terjejas teruk atau gulung tikar.
“Kita tidak lagi mahu menjejaskan ekonomi negara meskipun semua menyedari kita terpaksa hidup dengan virus COVID-19 ini.
“Namun saya tidak akan menyekat pergerakan rakyat untuk rentas daerah atau negeri yang mana sebagai contoh, jika jangkitan kes di Kampung Rawang, di Tangkak ini mencatatkan kes tinggi, sekatan hanya akan dilakukan di kawasan kampung dan bukan keseluruhan daerah Tangkak,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

gempak
06/08/2024
04:55 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.