Hiburan
"Please. Kenapa Perlu Jadi Selfish?" - Ernie Zakrie Kesal Dan Marah Dengan Mereka Yang Sanggup Menipu
Penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri ternyata sangat terkilan dan kesal dengan segelintir masyarakat yang masih belum sedar betapa bahayanya wabak Covid- 19 yang melanda seluruh dunia.
Penyanyi yang baru sahaja berhijrah itu meluahkan rasa kesalnya di Instagram miliknya.
"Please. Kenapa perlu jadi selfish? Kerja kita mudah. Memang, selepas beberapa hari, kita akan jadi bosan dan rasa nak keluar. Tapi, dalam keadaan begini, ia bukan masa yang tepat untuk berasa "happy" duduk diluar.
"Jika FRONTLINERS boleh berkorban nyawa tenaga dan masa untuk kita, mengapa kita tidak boleh berbuat begitu? Mudah. STAY AT HOME. Please," pinta Ernie.
Tambah Ernie, semua orang rindu untuk melakukan aktiviti seperti dahulu. Tetapi sebelum kita berjaya mengurangkan penularan wabak Covid- 19, Ernie memohon agar semua membantu meringankan beban mereka yang berada di hadapan.
Tambah Ernie lagi, semoga apabila kita memberikan kerjasama yang baik dan mengikuti arahan yang diberikan, kita boleh membawa perubahan kepada Malaysia.
Kesemua netizen yang meninggalkan komen pada entri tersebut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ernie.
Must-Watch Video