,
Viral

“Pitih Ni Pitih Betul Ke Dok?” – Peniaga Di Kuala Terengganu Didakwa Tolak Duit Pelanggan Gara-Gara Hal Kecil Ini!

Gempak
09/06/2024
12:55 MYT
Gara-gara wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara baharu, seorang peniaga kedai di Kuala Terengganu didakwa menolak untuk menerima duit tersebut daripada pelanggan untuk tujuan urusan jual beli di daerah ini.

Tolak

Perkara itu dikongsikan seorang pemilik Facebook bernama Ya Kepong menerusi grup media sosial Kuala Terengganu Residen yang mendakwa pemilik kedai enggan menerima wang tersebut yang dianggap palsu susulan tidak pernah melihat tandatangan baharu berkenaan.
"Duit ini duit betul ke tidak. Sebab beli barang kat sebuah kedai ni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Pun Tak Tahu Tu Tong Sampah” - KKM Bakal Siasat Peniaga Rendam Sotong Dalam Bekas Yang Didakwa Dikhaskan Untuk Isi…

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Restoran Tidak Bersekolah Dikritik Gara-Gara Komen Ini Di Instagram…

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Biar Tikus Berkeliaran Di Kawasan Restoran Buat Pelanggan Kembang Tekak - “Aku Tak Akan Makan Sini Lagi Dah!”

"Pemilik kedai tak nak ambil duit itu sebab dia kata tandatangan pada wang kertas tu, dia tak pernah tengok," ujarnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.
"Betul dah tu...Gabenor Bank Negara terkini, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. Itu lah tandatangan dia," tulis Mohd Hafiz Ridzuan di ruangan komen.
"Tandatangan Gabenor Bank baharu tu...Peniaga seharusnya peka dengan perkara terkini," kata Que Tomang.
"Terima kasih kongsi hantaran ini. Rupanya kita sudah bertukar Gabenor Bank. Saya tak rajin nak semak tandatangan pada duit," ujar Nurin Fiey Fiey.
"Lawa dan kemas tandatangan pada wang kertas tu...saya suka tengok tandatangan beliau," kata Juliana Mohd Rashid.
"Lepas tengok hantaran, saya terus buka beg duit untuk semak tandatangan pada wang. Terima kasih yang buat hantaran ini.
"Kalau tidak sampai sekarang tak tahu bahawa rupanya tandatangan wang kertas tu ada berbeza," kata Fazira Azumie.
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.
BNM dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.
Beliau mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.
Abdul Rasheed mula berkhidmat di Bank pada tahun 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada tahun 2016. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya.
Beliau juga mempunyai MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.
Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan. Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015.
Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.
Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Viral

Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

gempak
09/09/2024
05:37 MYT
Sepotong video memaparkan beberapa individu berarak di sekitar kawasan Bukit Bintang sambil menggayakan baju sedondon persis kumpulan Ah Long mengundang perhatian netizen baru-baru ini.
Viral

Bapa 77 Tahun Menang RM23.3 Juta, Hadiahkan Kesemua Wang Kepada Anak-Anak

gempak
09/08/2024
04:55 MYT
Seorang pengamal perubatan berusia 77 tahun dari Pahang, Malaysia, memperoleh durian runtuh berjumlah RM23.3 juta selepas memenangi loteri Sports Toto 4D baru-baru ini.
Hiburan

Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

gempak
07/08/2024
00:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander tidak segan silu menyatakan hasratnya untuk memiliki wanita lebih berusia dan pandai berdikari.