Berita

“Pinjaman Syurga... Dari Lahir Sampai Hembusan Nafas Akhir, Dia Tak Pernah Menyusahkan” - Ayu Raudhah

gempak
Asyraf Roslan
12/02/2025
03:56 MYT
Sponsor Banner
“Pinjaman Syurga... Dari Lahir Sampai Hembusan Nafas Akhir, Dia Tak Pernah Menyusahkan” - Ayu Raudhah
Bukan mudah buat pelakon, Ayu Raudhah untuk menerima berita kehilangan anak bongsunya Muhammad Aisy Al Rees yang dikandungnya selama 9 bulan.
Meskipun sukar, namun Ayu akui di harus reda menerima ketentuan ilahi.
“Saya reda inshallah.
“At first dia memang anak dari syurga,dari lahir sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dia tidak pernah menyusahkan, dia memang baik luar biasa.
“Memang ditakdirkan dia baby syurga, itu sahaja saya nak cakap,” katanya ringkas.
Mengimbas kenangan selama enam bulan bersama anak tercinta, tiada apa yang dapat digambarkan hanya momen terindah menjadi kenangan selamanya buat Ayu dan Zaquan serta anak-anak tercinta.
Pada masa sama, Ayu juga menganggap bahawa anaknya itu adalah pinjaman yang sangat berharga daripada yang Maha Esa.
“Setiap saat dia bersama saya adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil. Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa dia (Allah) nak ambil kerana itu hak dia,” tambahnya.
Ayu dan Zaquan ditemui Gempak selepas selesai majlis pengebumian anak bongsunya di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada Rabu.
Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan bila melihat anaknya tidak sedarkan diri.
Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024