,
Viral

Pinggang Tergeliat, Ini Punca Jihan Buat Ujian MRI

Amri Hassan
11/04/2019
13:39 MYT
Pelawak dan pengacara tersohor Jihan Muse mendedahkan dia perlu menjalani rawatan fisioterapi selama beberapa minggu bagi merawat masalah pinggang terkehel.
Kata Jihan, puncanya melakukan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) baru-baru ini disebabkan simptom kesakitan pada bahagian pinggangnya yang semakin teruk sejak akhir-akhir ini.
"Saya disahkan terseliuh dan pinggang saya terkehel. Sebenarnya sakit ini sudah lama, saya ingatkan disebabkan selepas bersalin jadi saya biarkan saja.
"Cuma sejak akhir-akhir ini sakit itu menjadi-jadi dan mengganggu tidur saya. Saya jadi tak sedap hati, takut ada masalah slip disc. Jadi saya lakukan ujian MRI.
"Keputusannya bukanlah slip disc dan saya dinasihati doktor untuk berehat, makan ubat dan perlu menjalani rawatan fisioterapi mulai pagi esok," katanya kepada Gempak.
Jihan yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion di Royal Palace, Shah Alam hari ini memberitahu punca kesakitan itu berkemungkinan kerana terlalu lasak bekerja.
"Mungkin pinggang saya tergeliat secara tidak sedar. Saya mulai sakit selepas bersalin, secara logiknya kerana bayi saya terlalu besar, badan baru nak serasi dan saya sendiri kurang menitik beratkan soal penjagaan diri seperti memakan jamu.
"Tambahan pula, seingat saya tak pernah pula terjatuh atau angkat barang berat. Saya pun risau juga kerana anak saya sekarang tengah lasak dan sedang aktif bekerja. Mungkin disebabkan terlalu penat," tambahnya.
Dek masalah kesihatan yang dialaminya, Jihan terpaksa akur tidak dapat melakukan gimik berlari-lari ketika pertunjukan koleksinya bersama Starvilion petang tadi.
Malah, pengurusannya juga terpaksa memaklumkan kepada pihak tertentu yang berkait dengan komitmen kerja sepanjang dua minggu ini.
"Buat masa ini sepanjang tempoh dua minggu banyak komitmen kerja saya terpaksa dibatalkan. Mujur mereka boleh bertoleransi," ujarnya.
Beberapa hari lalu, Jihan mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik sekeping foto melakukan pengimejan resonans magnetik (MRI) di sebuah pusat perubatan swasta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: "Syukur & Tak Sangka..." Kiki Fateha Terkejut Dinobat Sebagai Juara The Chosen One Musim Kedua

gempak
09/11/2024
00:30 MYT
Tampil dengan persembahan yang cukup memukau, peserta The Chosen One 2024, Kiki Fateha berjaya merangkul gelaran juara The Chosen One musim kedua malam tadi.
gegar-vaganza-11

GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

gempak
08/11/2024
02:55 MYT
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, keserasian pasangan pengacara itu bersama barisan peserta dan juri antara sebab mereka berdua masih dikekalkan.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama & Eriq Fikri Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir

gempak
01/11/2024
15:14 MYT
The Chosen One 2024 minggu separuh akhir telah menyaksikan empat peserta layak ke minggu akhir.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Hiburan

Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

gempak
13/10/2024
14:55 MYT
Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain.
Unitar