Hiburan
“Pilihan Jurusannya Sungguh Menarik” – Angelina Jolie Bangga Anak Pilih Sambung Belajar Di Korea
Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie menyatakan rasa bangga apabila anak sulungnya, Maddox memilih untuk menyambung pelajarannya di Korea.
Menurut Angelina, sebagai ibu dia berasa sangat bangga dan teruja dengan Maddox yang kini sudah mampu untuk berdikari.
“Saya sangat-sangat bangga dengannya! Saya baru sahaja menghantarnya untuk belajar tetapi dah rasa bangga.
“Dalam masa yang sama saya juga berasa amat teruja, rasa seperti dunia saya berkembang seiring dengan mereka.
“Saya banyak belajar dengan anak-anak dan saya sukakan keadaan sekarang, memang teruja.
“Maddox juga sudah bersedia untuk menempuh alam persekolahannya dan mata pelajaran pilihannya juga agak menarik,” katanya.
Angelina berkata demikian dalam satu temubual untuk filem terbaru, Maleficent: Mistress of Evil baru-baru ini.
Terdahulu, Maddox, 18, sebelum ini telah menerima pelbagai tawaran universiti namun dia memilih untuk menyambung pengajian di Unversiti Yonsei, Korea Selatan.
Maddox yang mengambil jurusan bidang biokimia telah pun memulakan semester pertamanya di universiti berkenaan dan akan berada di Korea selama empat tahun.
Must-Watch Video