Laman Utama

Pilihan Di Tangan Netizen! Jom Calonkan 'Apa Saja Yang Tending' Di Gempak Most Wanted

gempak
Syafiqah Jalal
12/10/2022
08:11 MYT
Sponsor Banner
Pilihan Di Tangan Netizen! Jom Calonkan 'Apa Saja Yang Tending' Di Gempak Most Wanted
Gempak, jenama hiburan digital No.1 di Malaysia, kini menemui warga maya atau netizen dengan video-video viral dan trending pilihan menerusi kategori-kategori kegemaran mereka dalam Gempak Most Wanted (GMW) mingguan dan acara anugerah.
Penghasilan GMW adalah sebagai sebuah jenama yang memaparkan kandungan-kandungan hiburan terhangat dan terkini di platform media sosial.
GMW turut memberi penghargaan kepada kehebatan pengguna-pengguna jaringan media sosial dalam menghasilkan kandungan yang diminati netizen.
Melihat landskap dunia viral, bukannya mudah untuk mana-mana kandungan menerima perhatian konsisten oleh ramai pengguna media sosial. Oleh itu, GMW ingin menerajui industri hiburan digital dalam mengiktiraf kandungan-kandungan sedemikian.
Pemilihan video-video viral ini akan disenarai dan diundi oleh netizen untuk menentukan pemenang yang layak mendapat pengiktirafan mereka menerusi rancangan mingguan.
Manakala kemuncak GMW akan disiarkan menerusi GMW Award 2022 yang akan menentukan pemenang utama untuk setiap kategori yang dipertandingkan berdasarkan pemilihan netizen secara keseluruhan pada awal tahun depan.
Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, berkata Gempak Most Wanted (GMW) merupakan sesuatu yang unik dan berbeza apabila tampil dengan konsep ‘chart show’ di arus media perdana jarang sekali menjadi paparan berbanding dahulu.
“Kami ingin memperkenalkan semula konsep tersebut dengan menerapkan elemen terkini dengan pengambilan video-video atau topik-topik yang menjadi perbualan netizen.
“Dengan gabungan kedua-dua elemen ini, terlahirlah rancangan baharu kami yang bakal memaparkan top video dan topik yang viral di dunia maya.
“Buat julung kalinya juga, kami akan menganjurkan acara kemuncak Gempak Most Wanted Award 2022. Kami ingin memberi peluang untuk memberi kuasa kepada netizen sendiri untuk memilih video-video dan topik yang mereka suka," kata Syazwan
Gempak Most Wanted dipecahkan kepada sembilan kategori. Kategori tersebut ialah: Lagu Trending Tergempak: Lagu-lagu hit yang trending Video Muzik Tergempak: Video muzik rasmi yang mempunyai 1 juta tontonan atau lebih Drama Trending Tergempak: Drama bersiri daripada digital, televisyen dan OTT yang menjadi viral dan mempunyai capaian sosial yang tinggi Digital Influencer Tergempak: Personaliti media sosial Motivator Digital Tergempak: Personaliti media yang menggunakan media sosial sebagai platform utama mereka untuk berkongsi kandungan positif atau rohani Selebriti Digital Tergempak: Selebriti popular yang aktif menghasilkan kandungan di saluran YouTubenya tersendiri Digital Content Creator Tergempak: YouTuber atau personaliti media sosial yang mencipta kandungan tular Personaliti Gamer Tergempak: Gamer yang bermain permainan elektronik seperti Dota, PUBG, Mobile Legends dan banyak lagi. Video Trending Tergempak: Video yang viral di YouTube atau media sosial yang mempunyai 1 juta tontonan atau lebih
Dengan konsep yang vibrant dan trendy, rancangan ini menampilkan Amelia Henderson serta Sean Lee sebagai hos. Pencalonan Top 5 dan pencalonan baharu mingguan akan diundi oleh netizen di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted pada setiap minggu bermula hari Rabu, jam 9.30 malam sehingga hari Isnin minggu berikutnya, pada 11.59 malam. Keputusan undian akhir akan diumumkan dalam episod baharu.
Gempak Most Wanted ditayangkan pada setiap hari Rabu bermula 28 September 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
GEMPAK MOST WANTED AWARD 2022
Untuk anugerah pula, ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia. Personaliti dan kandungan yang ingin dicalonkan mestilah dihasilkan di antara tarikh 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022. Netizen boleh mencalonkan personaliti dan kandungan kegemaran mereka bagi setiap kategori yang dipertandingkan bermula 12 Oktober 2022 sehingga 12 November 2022. Untuk menghantarkan pencalonan serta info lebih lanjut mengenai terma dan syarat boleh layari gempak.com/gempakmostwanted.
Video-video Top 5 yang mendapat undian tertinggi dalam setiap kategori akan dipilih untuk memenangi anugerah daripada Gempak dalam GMW Award 2022. Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian para Netizen serta kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Gempak untuk memberi pengiktirafan kepada mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempak.com/gempakmostwanted.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024