,
Laman Utama

Pijak Pakai But Bola, Tangan Retak, Kemaluan Cedera, Apa Dosa Mereka? 5 Kes Dera Kanak-Kanak Paling Tragis!

Hanafis Haris
27/04/2022
08:45 MYT
Kes Bella, remaja perempuan ‘sindrom down’ yang didakwa didera pengasas Rumah Bonda telah mencetuskan perdebatan ‘hangat’ dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Malah sejak prosiding kes berlangsung, kebanyakan orang ramai termasuk netizen semakin rancak dan ‘berlagak’ arif mengenai isu tersebut.

Ia dapat dilihat pelbagai spekulasi, dakwaan dan dokumen daripada kes perbicaraan tersebut tersebar di media sosial.

Namun, perlu diingatkan kes masih berlangsung dan masyarakat perlu bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai prosiding kes tersebut.

Pun begitu, sementara kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah, Gempak senaraikan beberapa lagi kes tragis yang pernah menggemparkan negara!

#1 Kes Allahyarham Syafiah Humairah Sahari Ditendang Pada Perut

Nauzubillah! Antara kes paling menyayat hati apabila allahyarham pernah ditendang di bahagian perut di tepi sebuah padang bola di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor

Difahamkan, suspek yang juga bapanya menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya.

Suspek yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lepas walau bagaimanapun terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

#2 Kemaluan Cedera

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.

Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia dunia pada tiga setengah petang Isnin semasa mendapat rawatan di sebuah klinik.

Siasatan awal mendapati, terdapat unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada kemaluan.

#3 Bayi 21 Bulan Retak Tangan!

Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai didera ibu bapa angkatnya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahid Musa berkata Muhammad Al Fateh Abdullah, 21 bulan (setahun sembilan bulan), menghembuskan nafas pada Julai 2017.

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak HSNI pada petang Ahad lepas telah bergantung kepada alat bantuan pernafasan sebelum ini.

Siasatan pihak hospital menjumpai kesan retak lama pada tangan kanannya.

#4 Mula Luka, Badan Lebam

Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga meninggal dunia, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata polis Johor Bahru Selatan menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mengenai kematian kanak-kanak itu, kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama dua suspek iaitu ibu kandung dan bapa angkatnya, selain seorang adik dan kakak di Taman Nusa Bestari, di sini.

"Pemeriksaan ke atas badan mangsa terdapat kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan, mungkin akibat didera.

#5 Kekasih Nigeria Dera Anak Kekasih

Kanak-kanak berusia lima tahun maut bila didera oleh kekasih kepada ibunya yang berasal dari Nigeria.

Mohd Adam Osi meninggal akibat pendarahan dalam otaknya dipercayai dipukul dengan objek keras oleh kekasih ibunya itu.

Nenek mangsa membuat rayuan agar tidak terus memburukkan anaknya itu kerana katanya anaknya berusia 28 tahun itu begitu tertekan selepas berita itu tersebar.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

gempak
20/08/2024
06:25 MYT
Dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif sebuah apartmen di Desa Petaling pada Isnin.
Berita

Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan S*ksual Kanak-Kanak… Polis Tangkap Semula Suspek Culik Albertine Leo

gempak
04/08/2024
07:25 MYT
Polis membuat tangkapan semula terhadap suspek kes culik kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, pada Ahad.
Berita

Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

gempak
24/07/2024
05:55 MYT
Disini Gempak kongsikan beberapa kes kanak-kanak hilang yang berakhir dengan tragis dan kekal misteri sehingga ke hari ini.
Berita

Polis Sahkan Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah

gempak
11/06/2024
04:14 MYT
Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di kelmarin.
Viral

Syida & Syafiqa Melvin Bengang, Layanan Kedai Sewa Pakaian Biadap! - “Tak Bagi Bawa Masuk Budak, Anak Aku Tengah Tidur”

gempak
30/01/2024
05:55 MYT
Butik sewa pakaian tak benarkan kanak-kanak masuk.