,
Laman Utama

PGA Edar Foto Muhammad Sajjad Di Pos Kawalan, Elak Bolos Ke Negara Jiran

Azwa Rahman
02/04/2021
06:30 MYT
Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, gambar Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.
“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan.
“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand, jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa.
“Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PGA membuat kawalan ketat di pos kawalan sempadan bagi memastikan Sajat tidak lolos ke negara jiran.
Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Sajat kemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lepas.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.
Hiburan

Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

gempak
03/09/2024
12:25 MYT
Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.