,
Berita

Petah Berpantun, Tan Sri Vincent Tan Curi Perhatian Di Majlis Pernikahan Anak

Rozaimi Zubaidi
03/02/2018
02:58 MYT
Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun mencuri perhatian ramai apabila berpantun mengikut lenggok di majlis pernikahan puteri sulungnya, Chryseis Tan dan pasangan, pewaris empayar perniagaan terbesar SM Faliq Nasimuddin.
Menerusi satu video yang dimuat naik di 'insta story' laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup ijab kabul puteri sulungnya dan pasangan.
Antara bait-bait pantun yang dibalas pihak perempuan kepada lelaki seperti berikut :
Jati tuan, jati Melayu,
Jati kami didalam hati,
Janji tuan masa yang lalu,
Harap disampaikanlah kepada kami.
Bunga melur warnanya merah,
Warnanya terang memikat hati,
Balasan kami tidaklah mewah,
Sembilan dulang seperti dijanji.
Majlis penuh adat istiadat terbabit berlansung di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang pada Jumaat.
Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.
Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Bukan Networking Biasa-Biasa" - Netizen Teruja Lihat Hanis Zalikha Sekeluarga Naik Jet Peribadi Jutawan Vincent Tan Pergi Bercuti

gempak
09/01/2022
10:07 MYT
Terbaru, Hanis berkongsi video pergi bercuti bersama suami dan anak-anaknya atas undangan jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Laman Utama

Kongsi Foto Percutian Di Pulau Redang, Netizen Persoal Chryseis Tan - “Tak Nampak Macam Throwback”

gempak
28/06/2021
07:45 MYT
Seronoknya dapat mandi laut!
Laman Utama

“Tak Nampak Macam Baru Lepas Bersalin” - Pusing Melaka, Penampilan Kurus Chryseis Tan Tarik Perhatian

gempak
03/09/2020
04:49 MYT
Super slim!
Laman Utama

“Tak Rasa Sakit Langsung” - Bersalin Secara Pembedahan, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak

gempak
11/08/2020
10:12 MYT
Tahniah SM Faliq dan Chryseis Tan!
Gaya Hidup

Tahniah.. SM Faliq & Chryseis Tan Umum Nama Bayi Perempuan, Sedap betul!

gempak
26/07/2020
05:03 MYT