Hiburan
Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Namun ibarat kata pepatah ‘Ikan di laut garam di Darat, Dalam kuali bertemu jua’ begitu juga dengan kisah cinta nusantara antara pasangan popular ini.
Pevita Pearce — Mirzan Meer
Berita pernikahan bintang Indonesia, Pevita Pearce dengan kekasihnya, Mirzan Meer sempat menyita perhatian kerana keduanya menjalani hubungan cinta yang sangat low profile.Hal itu lantaran Pevita, 32, sebelum ini cukup terkenal dengan watak Hayati filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck menikah bersama salah seorang anak usahawan tersohor Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.
Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib.
BCL - Allahyarham Ashraf Sinclair
Pasangan cinta nusantara paling popular sepanjang zaman adalah Allahyarham Ashraf Sinclair dan bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari.BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 selepas pertemuan di Malaysia.
Perkahwinan dengan seorang anak lelaki iaitu Noah bagaimanapun terlerai selepas aktor yang memilih menetap di Jakarta tersebut menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020.
Penyanyi dan pelakon itu kemudian meneruskan kehidupan dengan berkahwin semula bersama Tiko Aryawardhana pada Disember 2023.
Tya Arifin - Asyraf Khalid
Tya Arifin meninggalkan dunia lakonan selepas berkahwin dengan anak tiri Datuk Sri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.Sejak berkahwin, Tya, 29, menetap di Kuala Lumpur dan aktif menjalankan perniagaan serta podcast bersama Asyraf.
Pasangan tersebut kini teruja menanti kelahiran cahaya mata ketiga selepas dikurniai sepasang zuriat lelaki dan perempuan.
Laudya Cynthia Bella - Engku Emran
Aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 8 September 2017.Rumah tangga mereka bagaimanapun hanya bertahan selama dua tahun sebelum keduanya membawa haluan masing-masing.
Selepas berpisah, Bella masih belum bertemu pengganti sementara Emran yang pernah berkahwin dengan primadona Erra Fazira dan memiliki seorang anak, Engku Aleesya menikah dengan kakak Neelofa, Nor Nabila. Namun perkahwinan ketiga itu juga tidak bertahan.
Iedil Putra - Prisia Nasution
Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin atau nama komersialnya, Iedil Putra mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah asal Indonesia, Prisia Nasution atau nama lengkapnya Prisia Wulandari Nasution pada 1 Jun 2016.Menikah di Bogor, keduanya menjadi lebih akrab selepas terbabit dalam filem Interchange arahan Dain Said.
Iedil kini berulang alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur.
Jom baca artikel lanjut dalam edisi Gempak Weekly Edition.
Must-Watch Video