Hiburan
Pesawat Bawa Rakyat Malaysia Dari Wunan Selamat Mendarat di KLIA, Di Tempatkan Di Pusat Pemantauan
Pesawat AirAsia AK8265 yang membawa pulang warga Malaysia dari Wuhan, China selamat tiba di KLIA jam 5.57 pagi tadi.
Pesawat berkenaan membawa pulang 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei; enam pasukan petugas dan 20 anggota misi berkenaan.
Semua penumpang terbabit melalui tapisan kesihatan mengikut pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan, sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.
Sejumlah 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) ini ekoran wabak penyakit 2019-nCoV di Wuhan.
Semua 141 penumpang akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU). Mereka yang dikesan mempunyai simptom jangkitan akan dibawa terus ke hospital.
Mereka yang melepasi saringan akan dibawa terus menaiki bas ke pusat pemantauan untuk tempoh 14 hari.
Dua bas membawa kumpulan pertama kelihatan dari pusat penularan coronavirus (2019-nCoV) keluar dari klia2 kira-kira 8 pagi tadi.
Tiga lagi bas masih menunggu mereka yang sedang melalui saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara.
Sumber: Astro Awani & BHOnline
Foto: BHOnline
Must-Watch Video