BERITA
Pesawat Air India Dalam Perjalanan Ke Birmingham Terhempas
Sebuah pesawat Air India terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India lapor stesen TV tempatan.
Laporan awal bagaimanapun, menyebut saksi melihat kepulan asap tebal menyelubungi lokasi tragedi, lapor Reuters.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner kod AI171 berkenaan membawa 230 penumpang dan 12 kru dalam perjalanan dari Ahmedabad ke Lapangan Terbang Gatwick, di London, United Kingdom.
Kejadian dipercayai berlaku sejurus selepas pesawat berlepas dari lapangan terbang Ahmedabad.
Memetik laporan NDTV, pesawat berlepas sekitar 1.38 tengah hari, Khamis.
Portal India Today yang memetik sumber, melaporkan bekas Ketua Menteri Gujarat Vijay Rupani dipercayai berada dalam pesawat itu.
Menteri Pengangkutan Udara India, Ram Mohan Naidu dalam satu kenyataan berkata, India terkejut dan bersedih dengan tragedi itu.
"Kami berada di tahap berjaga-jaga ketika ini. Saya secara peribadi sedang memantau situasi ini dan telah mengarahkan kesemua agensi penerbangan dan kecemasan untuk memberi kerjasama terbaik," kata Ram Mohan.
"Pasukan mencari dan menyelamat kini berada di lokasi, dan sokongan perubatan juga sedang dalam perjalanan ke sana. Doa dan ingatan ikhlas dari saya bersama-sama keluarga mangsa," tambahnya.
Sumber: Awani
Must-Watch Video