,
Hiburan

Pertaruh Album Baharu, FUGŌ Angkat Karya Ciptaan Sendiri Dalam 99

Gempak
12/08/2024
18:55 MYT
Empat tahun mengemudi karier dalam muzik industri, kumpulan alternatif indie, FUGŌ hadir dengan album baharu berjudul 99.
Dianggotai oleh Hakim Kamal sebagai vokalis dan pemain gitar, Kayrol Ami (bass) dan Fai (keyboard), album berkenaan disifatkan sebagai penanda aras buat mereka dalam bidang penciptaan lagu.

Karya ciptaan sendiri

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana album 99 akhirnya menemui peminat setelah berhempas pulas memerah idea untuk menghasilkan yang terbaik kepada pendengar. Album ini bukan sahaja sebagai satu penanda aras kepada FUGŌ, ia juga sebagai membuktikan kami serius dalam penciptaan lagu.
“Sebelum ini kami banyak menghasilkan single dan EP sahaja. Album 99 ini menjadi saksi kami berjaya masuk ke dunia penerbitan dan belajar banyak perkara baharu. Sebab itu kami mahu peminat mendengar keseluruhan album ini dahulu,” kata Hakim.
Mengimbau kembali perjalan seni mereka, FUGŌ memulakan langkah dengan menghasilkan lagu Waiting pada Februari 2020. Bertitik tolak daripada itu, mereka kemudian menghasilkan tujuh buah single dan sebuah EP berjudul FUGŌ yang dilancarkan pada April 2021.
Melihat pada sambutan hangat dan maklum balas positif yang diberikan oleh peminat, mereka akhirnya memberanikan diri menghasilkan album penuh dan meneroka lagu dengan lirik Melayu yang lari dari kebiasaan.
“Sebetulnya banyak lagu yang kami hasilkan sebelum ini menggunakan Bahasa Inggeris. Tapi untuk 99, FUGŌ mencari sisi lain dengan menggunakan lirik berbahasa Melayu sebagai tunjang utama kepada sembilan karya kami.
“Paling menarik perhatian apabila lagu 99 dan Pentas Sandiwara diterima baik oleh peminat. Itu yang membuatkan kami yakin berada di landasan yang betul. Setidaknya kami berjaya menarik peminat baru untuk mengenali FUGŌ,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: #Throwback2000: 7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sahmura, Album Tempatan Pertama Dilancarkan Pada Alaf Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion Buat Kejutan, Nampak Sihat Dalam Kemunculan Pertama Di Grammy 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift Pecah Rekod Sebagai Artis Dengan Kemenangan Paling Banyak Bagi Kategori Album Of The Year Menerusi Grammy Awards!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Peduli Pun Apa Orang Nak Cakap” - Sam Masih Bersama Bunkface, Bakal Keluar Album Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini Umum Peluncuran Album Sulung, ANTONIM (PART I) - “Album Ini Sangat Penting Buat Karier Saya”

Melanjutkan bicara mengenai proses pembuatan album, mereka telah melalui beberapa peringkat tapisan termasuk melukis lanskap sonik yang berwarna-warni. Proses tersebut penting untuk mencipta melodi yang ceria dan bersemangat hingga ke balada yang penuh perasaan yang menyentuh jiwa.
FUGŌ juga sebenarnya cenderung menggabungkan elemen muzik nostalgia dan kontemporari sering mencipta daya tarik yang berjaya menambat hati pendengar dari semua peringkat umur dan latar belakang.
Untuk rekod, album 99 dilancarkan pada 9 Ogos ini dan serentak dengan itu, FUGŌ bakal memulakan siri jelajah di seluruh negara meliputi empat negeri utama untuk mempromosikan album 99 ini.

Jelajah ini akan bermula pada 17 Ogos di Kedah, 18 Ogos (Perak), 24 Ogos (Johor), 1 September (Pahang) sebelum menutup jelajah di pertunjukan kemuncak mereka di Kuala Lumpur pada 7 September nanti.

Peminat akan berpeluang mendengar album 99 secara persembahan langsung dan boleh juga mendapatkan pelbagai cenderahati eksklusif FUGŌ di kesemua lokasi jelajah.
Album 99 oleh FUGŌ kini tersedia di kesemua platform penstriman digital dan tiket untuk siri jelajah 99 Tour boleh diperoleh melalui https://www.ecrice.my/products/fugo-99-tour-2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Drax Project Rilis Album Kedua Upside!

gempak
21/12/2023
04:59 MYT
Lagu-lagu Drax Project distrim berbilion kali.
Laman Utama

Tak Sangka Ke AJL38, Aisha Retno Lancar Dua Single Serentak & Album Mini A.R - "Masih Tak Percaya, Inilah Nikmat & Rezeki ..."

gempak
19/12/2023
05:30 MYT
Aisha Retro tampil bersama single Cukuplah & Teduh.
Laman Utama

Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit

gempak
30/11/2023
14:45 MYT
Beyonce baru melancarkan filem miliknya, Renaissane.
Laman Utama

Kos Ratusan Ribu Ringgit, Ini Fakta Menarik Tentang Album Sulung Dolla New Classic!

gempak
17/11/2023
13:55 MYT
Wow! Bukan biasa-biasa
Laman Utama

Aina Abdul Berbalut Dalam Plastik, Ini Simbolik Cover Albumnya!

gempak
25/10/2023
04:50 MYT
IMAJI merupakan album sulung Aina Abdul.