,
Laman Utama

Pertama Kali Tunai Umrah Berlima Lepas Konsert Naga Kramat, Wings Mahu 'Berehat'?

Shahrin Zulkifle
15/10/2022
03:00 MYT
Vokalis Wings, Datuk Awie mendedahkan buat pertama kali dia dan ahli kumpulannya itu bakal mengerjakan ibadah umrah bersama-sama pada November depan usai melangsungkan konsert Naga Kramat.
Jelas Awie, 53, keputusan mereka untuk ke tanah suci Mekah itu sudah lama dirancangkan.
“Insyallah habis sahaja konsert pada bulan Oktober ini iaitu Naga Kramat, kami akan mengerjakan umrah berlima pada bulan November nanti.
“Lama sangat dah kami rancang untuk buat ibadah ini bersama. Ini merupakan pertama kali kami pergi berlima, kalau sebelum ini mungkin ada yang dah pergi tetapi secara sendiri dan keluarga masing-masing,” katanya kepada Gempak.
Awie ditemui ketika sesi sidang media pengumuman Konsert Naga Kramat yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awie turut menjelaskan bahawa mereka akan ‘berhenti’ seketika daripada mengambil sebarang persembahan dan tawaran konsert bagi memberi laluan kepada penyanyi-penyanyi lain untuk menganjurkan konsert mereka.
“Untuk persembahan pula, kami akan hadkan dan hanya sampai bulan Disember sahaja, kemudian kami akan berhenti seketika untuk berehat.
“Dalam pada itu kami akan beri laluan juga kepada artis-artis lain untuk penjualan tiket konsert mereka pula, Wings tak mahu ganggu.
“Kami akan berehat sehingga raya tahun depan, kemudian akan aktif semula, tapi kalau ada persembahan satu atau dua kami ambil juga lah,” tambahnya.
Konsert Naga Kramat bakal berlangsung pada 22 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur. Tiket konsert sudah mula dijual secara atas talian melalui www.ticket2u.com.my/nagakramat .
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique

gempak
05/05/2024
08:53 MYT
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique