,
Laman Utama

“Pertama Kali Saya Rasa Gementar…” – Daniel Cheang

Shahrin Zulkifle
26/09/2022
13:00 MYT
Setelah empat musim bersiaran, program hiburan Gempak TV sudah pun menamatkan tayangannya dengan episod akhir yang disiarkan pada minggu lalu.
Menurut salah seorang hos program tersebut, Daniel Cheang, 27, mendedahkan banyak kenangan manis yang diterimanya sepanjang mengacarakan Gempak TV.
Jelas Daniel, antara kenangan yang paling diingati adalah apabila dia dapat berkenalan dengan selebriti yang menjadi tetamu untuk program berkenaan.
“Kenangan paling manis apabila saya dapat berkenalan dengan rakan selebriti yang menjadi tetamu undangan dalam program Gempak TV.
“Walaupun kebanyakkan mereka saya pertama kali jumpa dan rasa sedikit gementar, tapi apabila dah mula sesi temubual, semuanya berjalan baik, malah ada yang telah menjadi rakan baik saya.
“Selain itu, kenangan lain yang saya rasakan sangat bermakna apabila impian saya untuk menjadi pengacara di Gempak TV menjadi kenyataan, saya rasa itulah pengalaman yang sangat manis untuk saya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Gempak TV bakal digantikan dengan sebuah program carta terbaharu iaitu Gempak Most Wanted 2022 (GMW2022) yang akan di hoskan oleh pelakon Sean Lee dan Amelia Henderson bermula 28 September ini.
Tambah Daniel, biarpun Gempak TV sudah tidak lagi bersiaran, namun dia masih bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama dalam program terbaharu GMW2022.
“Setiap pengakhiran akan ada permulaan yang baharu, saya akan ditempatkan di segmen hos dalam GMW. Kali ini saya akan buat sedikit kelainan daripada hosting saya yang sebelum ini iaitu hanya di dalam studio.
“Saya akan keluar berjumpa orang ramai dan lakukan beberapa sesi temubual bersama selebriti yang saya akan temuramah. Saya rasa itu adalah sesuatu yang menarik dan saya tak sabar untuk GMW,” tambahnya.
Terdahulu, selain Daniel, Gempak TV turut dihoskan oleh Isha Norsham, Hun Haqeem dan Riena Diana serta dibantu co-hos lain seperti Munaa Bella, Haiqal Din, Shazrul Affandy (Momo) serta Aisha Retno.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.