HIBURAN
Pertama Kali Digandingkan, Amelia Henderson Puji Sikap Profesional Sharnaaz Ahmad - “Saya Kenal Dia Tapi Tak Pernah…”
Pertama kali digandingkan bersama dalam sebuah filem, pelakon Amelia Henderson mengakui dia mengambil masa untuk membina keserasian dengan aktor Sharnaaz Ahmad.
Sikap profesional
Bagaimanapun Amelia meluahkan rasa syukur kerana Sharnaaz sangat profesional membuatkan adegan perkahwinan mereka yang menjadi babak pertama dalam filem itu berjalan lancar.
“Saya kenal Sharnaaz, tapi tidak pernah berjumpa atau ada peluang bercakap dengan dia. Jadi mahu bina keserasian kurang sikit.
“Kalau jumpa pun melalui sesi bacaan skrip, kami ada bercakap sikit tapi belum cukup rapat sebagai kawan.
“Bila masuk set penggambaran, adegan kahwin adalah scene pertama saya dan Sharnaaz, kalau difikirkan itu pun sudah cukup kekok.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ - “The Real Miss Universe”
ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Berhenti Buat Andaian, Tiada Rujuk Antara Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad - “Jangan Jadi Netizen Yang Bodoh…”
“Tapi kerja dengan Sharnaaz sangat senang sebab dia begitu profesional. Kami masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada Gempak.
Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Blood Brothers Bara Naga, di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Rasa gementar
Pada hari kedua di set penggambaran, Amelia yang memegang watak Sheila dalam filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu juga mengakui masih gementar melakonkan adegan romantis.
“Pada malam yang sama, kami juga harus memainkan babak yang agak tegang. Saya sudah mula gementar dan tidak tahu bagaimana untuk melakonkan babak itu.
“Namun, saya sangat bersyukur kerana Sharnaaz banyak memberi sokongan kepada saya.
“Saya kena ucap terima kasih kepada Sharnaaz kerana dia seorang pelakon yang sangat hebat. Jika bukan Sharnaaz sebagai Ghaz, lakonan saya tidak ke mana.
“Dia banyak membantu saya untuk mengeluarkan satu sudut lakonan yang saya rasa sangat beremosi,” tambahnya.
Ucapan terima kasih
Menjadi satu-satunya bunga dalam barisan pelakon, pemenang Anugerah Star Model 2019 itu juga turut melayangkan terima kasih kepada Shukri Yahaya, Syafiq Kyle.
“Saya bersyukur kerana terlibat dengan barisan pelakon yang sangat hebat seperti Sharnaaz, Shukri yang saya harap ada banyak adegan dengannya dan Syafiq sebab buat yang terbaik.
“Saya pula masuk dalam bilik yang di dalam itu penuh dengan lelaki, saya seorang perempuan dan tidak kenal dengan sesiapa. Sudah tentu kita gementar.
“Tapi semua pelakon Blood Brothers membuatkan saya saya selamat dan meraikan saya,” tambahnya.
Must-Watch Video