,
Berita

Pertama Kali Chaleeda Pakai Tudung, Dah Ada Yang Nak Jadikan Bini, Ramai Puji Cantik!

ZULHILMI JALIL
20/12/2019
10:15 MYT
Jika melihat galeri foto yang dikongsikan penyanyi kelahiran Big Stage 2019, Chaleeda di Instagram, hampir kesemuanya memaparkan gambar dirinya berpenampilan seksi dengan rambut mengurai.
Bagaimanapun, penyanyi yang berasal dari Thailand itu mencuri tumpuan umum apabila memuat naik gambar dirinya dalam keadaan berhijab buat pertama kali di Instagram.
Dalam perkongsian foto tersebut, Chaleeda menggayakan tudung berwarna merah yang dipadankan dengan baju kelabu.
Lebih menarik perhatian, penyanyi berusia 18 tahun itu turut memuat naik status dalam bahasa Melayu.
"Boleh tak?" tanya Chaleeda kepada pengikutnya di Instagram.

Boleh tak??

A post shared by chaleeda (@chaleedaxgilbert) on

Perkongsian foto itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis.
Rata-rata memuji penampilan Chaleeda yang disifatkan kelihatan cukup manis dan ayu.
"Boleh wak, perempuan lawa, pakai apa-apa pun lawa.
"Ya ampun, comel sangat," tulis sebahagian netizen.
Bahkan, ramai juga lelaki yang meninggalkan komen mendakwa bahawa mereka sudah jatuh hati dengan penampilan Chaleeda itu.
"Tiba-tiba jadi crush. "Nak masuk minang, saya boleh je. "Boleh jadi isteri dah kot," tulis antara komen pengikutnya.
Sebelum ini Chaleeda menyertai program realiti Big Stage 2019.
Bagaimanapun, perjuangan pelantun lagu Pretty Boy itu hanya bertahan sehingga lima minggu sahaja sebelum tersingkir.
Chaleeda pernah berduet dengan rapper terkenal, SonaOne menerusi lagu Mind Over Matter pada 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: "Saya Tak Sangka Seramai Itu Orang Tidak Menyukai Saya" - Chaleeda Tertekan Baca Komen Netizen

gempak
17/09/2019
01:18 MYT
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: Syada & Chaleeda Tersingkir.. Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-5!

gempak
15/09/2019
18:20 MYT
Big Stage S2 BM

Hampir Tersingkir, Chaleeda Mahu Berikan Persembahan Terbaik Minggu Depan

gempak
19/08/2019
10:11 MYT
Hiburan

Chaleeda Kembali Dengan Growing Up Sucks

gempak
05/08/2019
14:15 MYT
Hiburan

Berkolaborasi Dengan Chaleeda, Lil J Muncul Dengan Bestfriend

gempak
25/12/2018
01:47 MYT