Hiburan

Pertama Kali Berlakon, Ariana Grande Menangis Tercalon Di Oscar

gempak
Maliah Surip
24/01/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Berlakon, Ariana Grande Menangis Tercalon Di Oscar
Ariana Grande terus melakar sejarah peribadi selepas percubaan pertama dalam dunia lakonan membuahkan hasil.

BERITA BERKAITAN: 'Masing-Masing' Mendonia! Lagu Ernie Zakri Masuk Carta Top 50 Indonesian Song Di Spotify, Siap Kalahkan Ariana Grande & Henry Moodie

BERITA BERKAITAN: Pengakuan Keluarga Buat Andre Taulany Gagal Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

Berkat lakonan berkesannya sebagai Glinda dalam filem Wicked, penyanyi tersebut dicalonkan dalam anugerah berprestij Oscar.
Grande tercalon menerusi kategori Best Supporting Actress pada Oscar edisi ke-97 bersama Monica Barbaro (“A Complete Unknown”), Felicity Jones (“The Brutalist”), Isabella Rossellini (“Conclave”), dan Zoe Saldaña (“Emilia Pérez”).
Bukan hanya terkejut, Grande malah menangis selepas mendapat tahu dirinya tercalon dalam Oscar.

“Sedang berusaha menerima (berita) dan menangis dengan penghormatan yang diberikan Oscar kepada saya. Ini sangat mengujakan, saya tidak boleh berhenti menangis,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram seperti dilaporkan Entertainmentnow.

Berbesar hati menerima pencalonan tersebut, Grande juga menulis: “Saya masih tidak percaya dan cuba bernafas. Terima kasih.”
Menerusi temubual bersama Deadline, Grande bersyukur kerana diberi kepercayaan berlakon dan membawa watak Glinda.

“Ini pertama kali saya berlakon dan menjadi anugerah terindah saya. Tidakkah anda berasa ini gila apabila saya tercalon dalam Oscar?”katanya.

Anugerah Oscar edisi ke-97 dijadual berlangsung di Hollywood pada 2 Mac 2025.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024