gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Shweta Kembali Belajar Bahasa Punjabi - “Sejujurnya Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Bahasa Ibunda”
VIRAL
Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Hampir Maut Akibat Tertelan Belon Pada Hari Jadi - “Ketika Itu Peluang Hanya 50-50 Untuk Hidup”
HIBURAN
Tak Pernah Campur Urusan Peribadi Ibu, Anak Nora Ariffin Hanya Jadi Pendengar Setia Di Rumah - “Saya Percaya Apa Yang Ibu Buat Mesti…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Pertahankan Hak Wanita, Zehra Zambri Tegur Persepsi Negatif Netizen Mengenai Perceraian - “Wanita Juga Mahu Bahagia…”

gempak
Ainun Md Zooki
23/05/2025
07:28 MYT
Sponsor Banner
Pertahankan Hak Wanita, Zehra Zambri Tegur Persepsi Negatif Netizen Mengenai Perceraian - “Wanita Juga Mahu Bahagia…”
Penyanyi, Zehra Zambri tidak bersetuju dengan tanggapan dari sesetengah pihak yang melabelkan wanita pantas memfailkan perceraian apabila berhadapan dengan masalah rumah tangga.
Jelas Zehra, semua wanita mahukan kebahagian dan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka pasti ada sebabnya sama seperti dirinya yang mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
"Semua wanita mahukan kebahagiaan, lebih-lebih lagu bagi yang sudah memiliki cahaya mata.

"Saya tak bersetuju tanggapan wanita cenderung failkan cerai kerana apa yang berlaku mesti ada sebabnya, sama ada wanita itu mahu bercerita atau tidak.

"Tidak sewenang-wenangnya wanita akan minta cerai," katanya kepada Gempak.
Zehra berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Tradisional 'Simfoni Budaya II' di Dewam Filharmonik Petronas (DFP) yang diadakan di Hotel Traders, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sementara itu penyanyi yang terkenal dengan lagu Semalakama mengakui kontroversi yang melanda dirinya tidak menjejaskan perjalanan kerjaya seni, malah dia masih menerima banyak tawaran untuk membuat persembahan.
"Alhamdulillah... saya masih menerima tawaran menyanyi dan kerjaya saya tidak kena tempias kontroversi yang berlaku.
"Saya yakin apa sahaja tawaran kerja yang diterima adalah berdasarkan bakat yang Allah beri, bukan kerana kontroversi.

"Saya sangat profesional. Saya sudah laluinya ketika menyertai Gegar Vaganza 11. Saya lupakan semua hal dan tidak berkongsi kepada umum," ujarnya.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Dalam perkembangan lain, Zehra bakal membuat persembahan di Konsert Tradisional 'Simfoni Budaya II' Di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang berlangsung pada 5 Julai ini.
Konsert tersebut akan dibarisi gabungan artis veteran dan generasi baharu termasuk Datuk Andre Goh, Hazra Dollah, Daniel Chuer dan Rojer Kajol.
Dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose, Konsert Simfoni Budaya II ini menyaksikan rangkuman tradisi muzik yang mengangkat irama keroncong dan ghazal ke peringkat lebih tinggi melalui gubahan orkestra.
Peminat boleh mendapatkan tiket konsert dengan harga bermula RM179 hingga RM449.

BERITA BERKAITAN: Zehra Zamri Tak Nak Ikut Syarat Suami, Hanya Mahu Bercerai Dengan Segera - “Saya Tidak Bersetuju Untuk Gugurkan…”

BERITA BERKAITAN: "Sudah Dua Minggu Saya Dan Suami Tidak Tinggal Sebumbung, Dia Dah Ambil Semua Barang ..." - Zehra Zambri

BERITA BERKAITAN: Ada Sebab Suami Terpaksa Tangguh Niat Untuk Ceraikan Zehra Zamri - “Dia Enggan Gugurkan 4 Tuntutan Dalam…"

Topic Berkaitan
#wanita
#Perceraian
#Negatif
#Zehra Zambri
Must-Watch Video