,
Hiburan

"Persembahan Aina Sikit Pun Tak Membawa Kepada..." - Ini Pandangan Peguam Mengenai Sumpah Aina Abdul Yang Didakwa Langgar Peraturan

Kamaruddin Razal
11/02/2020
19:41 MYT
Penampilan penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Aina Abdul yang mempersembahkan lagu Sumpah di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) mengundang kontroversi.
Tampil menyarungkan busana serba putih 'berdarah', ada pihak yang mendakwa Aina membuat persembahan berkonsep memudaratkan diri, melampau dan melanggar peraturan serta melanggar peraturan kandungan media.
BACA: “Dah Tak Ada Idea Ke?” - Persembahan Aina Abdul Didakwa Keterlaluan, Langgar Peraturan
Menafikan perkara terbabit, Aina menjelaskan busana dan persembahan yang ditampilkannya sewaktu AJL34 Ahad lalu merupakan simbolik kepada hati yang sakit dan berdarah.
BACA: “Persembahan Kesinambungan Dari Muzik Video” - Aina Abdul
BACA: “Saya Masih Siuman Dan Tak Akan Ketengahkan Isu Bunuh Diri” - Aina Abdul Mohon Maaf
Terbaru, seorang peguam bernama Alan Razak tampil berkongsi pendapat mengenai persembahan Aina dari sudut pandang undang-undang.
Memberikan komen atas kapasiti seorang peguam, Alan mengupas Kod Kandungan yang dikatakan telah dilanggar oleh Aina.
"Aina Abdul kena kecam dengan Public Health Malaysia? (Amaran - Posting ini panjang sebab aku kupaskan Kod Kandungan' yang dikatakan Aina dah langgar)
"Aku tak sempat nak tengok AJL34 minggu lepas sebab kena prepare untuk berperang dengan Penolong Kanan Pendaftar yang pandai-pandai reject Perintah Bersih untuk kes anakguam sampai Hakim kena masuk campur. Meninggi jugalah vocal aku ni macam Aina Abdul atas pentas AJL tu cuma tak berdarah je bib time tu. Eh.
"Lepas dah tengok aku cuba faham apa yang berlaku. Dia nyanyi lagu. Dia cuba appresiasi dan terjemah lagu tu dengan cara yang orang anggap menggalakkan bunuh diri.
"Pasal appresiasi seni ni bukan bidang aku. Yang aku tau kalau Dayang Nurfaizah nyanyi aku memang emo kalau sapa-sapa kacau line.
"Tapi kes Aina ni menarik sebab PHM kaitkan dengan salah laku berdasarkan kepada “Communication and Multimedia Content Forum of Malaysia”(“CMCF”) CMCF ni apa?
"CMCF ni adalah Kod Kandungan mengandungi piawai-piawai dan amalan-amalan dalam industri komunikasi dan multimedia. Kod Kandungan ini dibuat yang disediakan selaras dengan peruntukkan di bawah Seksyen 95 AKta Komunikasi dan Media 1998 (“Akta 588”).
"Dalam Kod Kandungan tu ada pecahan-pecahan dalam bentuk ‘Bahagian’ yang memberi garis panduan pada amalan dalam industri. Dalam kes Aina ni Bahagian 2 Poin 4.0 berkaitan dengan ‘Violence’ adalah releven.
"Poin 4.3(i)(a) dalam tu diterangkan apa adegan atau perbuatan dalam amalan industri yang terjumlah kepada maksud ‘Violence’ dan apa garis panduan dalam gambaran keganasan dalam amalan seni.
"Menurut Poin 4.3(i)(a) tersebut dinyatakan kesan gambaran keganasan sama ada fizikal, secara lisan ataupun berbentuk psikologi, boleh mengganggu, mencemaskan dan juga menyinggung perasaan penonton. la juga boleh menyebabkan ketakutan yang tidak berasas dikalangan penonton dan juga menggalakkan peniruan.
"Point 4.3(i)(c) disebut berkenaan dengan pemaparan amalan kejam dan penderaan, imejan kecederaan dan serangan dan pemaparan darah yang eksplisit dan keterlaluan hendaklah dielakkan.
"Mungkin ini la yang PHM cuba kaitkan dengan persembahan Aina. Sampai lah dia kena kecam teruk. Sampai kawan-kawan kat Mahkamah pagi tadi pun ada cerita tapi time tu aku tak berkesempatan telaah Kod Kandungan ni, dan lepas tengok aku berpendapat kecaman dari PHM tu banyak khilafnya, dan salah letak (misplaced).
"Pada aku PHM khilaf sebab walaupun disebut pasal pemaparan darah patut dielakkan, Point 4.3(i)(d) walaubagaimanapun membenarkan pemaparan semua adegan yang disenaraikan secara umum dalam ‘heading’ Poin 4.3.
"Cuma terma yang digunapakai adalah ‘due consideration’, ‘use of appropriate editorial judgment’, dan ‘exercise of caution’.
"Maknanya kat sini, untuk PHM terus kecam persembahan ‘berdarah’ Aina semata-mata kononnya dia menggalakkan perbuatan ‘suicide’ atau ‘self-hurt’ adalah sangat tidak selari dengan ‘spirit’ Bahagian 2 Poin 4.2 Kod Kandungan tersebut kerana dinyatakan dengan jelas dalam Poin 4.2 tersebut bahawa menafikan penceritaan atau gambaran tentang kebenaran yang pahit tentang apa yang berlaku di dunia adalah sama seperti menolak fahaman terhadap hakikat sebenar kehidupan manusia," terangnya.
Tambah Alan lagi, persembahan Aina menerusi lagu Sumpah di malam AJL34 dengan busana putih terbabit sikit pun tidak membawa kepada 'insinuation' kepada apa yang digambarkan sebagai pelanggaran Kod Kandungan itu.
"Aina terangkan yang itu cuma terjemahan lirik lagu yang maksudnya sakit, perit dan luka. Bukan kecewa dan mencari penyelesaian dengan membunuh diri.
"Penderaf Kod Kandungan ini dah cukup arif dengan sifat seni yang sangat subjektif sebab tu lah kayu ukur untuk pastikan pemaparan yang nampak negatif di mata kita dibenarkan untuk diolah dengan kreativiti masing-masing selagi mana ‘due consideration’, ‘use of appropriate editorial judgment’, dan ‘exercise of caution’ digunapakai.
"Dan aku rasa sebagai seorang yang kosong dalam bidang seni dan hanya bercakap di atas kapasiti sebagai seorang peguam yang mana aku, sama ada melalui kes yang aku sendiri kendalikan, atau berdasarkan perkongsian rakan-rakan peguam lain, tentang isu jenayah dan kriminologi yang membawa kepada berlakunya kes-kes ‘self hurt’ atau bunuh diri, persembahan Aina sikit pun tak membawa kepada 'insinuation' kepada apa yang digambarkan sebagai pelanggaran Kod Kandungan itu.
"Kepada PHM, nasihat aku, cukup-cukup la tu. Jangan salibkan Aina yang pada aku hanya sekadar berkarya dengan ikhlas. Sekian," tulis Alan panjang lebar.
Setakat artikel ini ditulis, status yang dikongsikan oleh Alan itu telah mendapat lebih 90 komen serta hampir 180 perkongsian di laman Facebook.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Alan dan berpendapat persembahan Aina hanya sekadar simbolik semata-mata serta tidak melanggar peraturan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

gempak
20/11/2024
04:55 MYT
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara - “Saya Sangat Gembira Untuk Beliau”

gempak
16/11/2024
12:25 MYT
Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa bangga atas penganugerahan Biduanita Negara ke atas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Unitar