,
Hiburan

“Perpisahan Ini Tiada Kena Mengena Dengan Video Lip Sync Bollywood” - Kak Girl Sah Bercerai

Azwa Rahman
22/10/2019
10:45 MYT
Personaliti media sosial Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl telah mengesahkan dia sudah berpisah dengan suaminya pada Ahad lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor.
Menerusi laman sosial Instagram, Kak Girl, 32, memuat naik sekeping foto hitam putih bersama bekas suami, Mohd Hafizi Marzuki sambil mengumumkan berita itu untuk tatapan umum.

Assalamualaikum. Biar saya terangkan dan beritahu lebih jelas dari pihak saya. Ya, betul. Saya dan suami dah berpisah. Masih ada yang call,DM dan whatsapp, maaf ada yang saya tak sempat nak balas satu2. Cukuplah sekadar saya berkongsi yang kami dah tak bersama dan asbab2 nya biarlah saya dan bekas suami simpan. Perpisahan saya takde kena mengena dengan kerjaya saya. ada yg ckp sy dah popular,buat hal. popular celah mana?? takde kena mengena langsung. kami mmg ada mslah kami sendiri sebelum org kenal siapa tu KAK GIRL. ada yg cakp sbb sy terkinja2 buat video lipsync Bollywood tu sebenarnya suami tak redha. Allah.. jgn nak buat fitnah ya. sy ada baca kat komen2 sesetgah page n blog. sy harap hentikanlah spekulasi dan fitnah yg lgsung takde kena mngena dengan perpisahan kami. . Apa yang berlaku sudahpun tertulis. saya redha. sy berterima ksih sgt kat mama ayah,adik2 saya,saudara n sahabat rapat yg faham dan selalu ada utk saya. Yang keep support saya dan kerjaya saya juga, serta doakan yg baik utk saya,terima kasih banyak2. Hanya Allah mmpu membalasnya. . saya dan bekas suami in shaa Allah takde masalah membenci antara satu smaa lain, saya dan dia juga berpisah cara baik atas persetujuan 2 belah pihak. saya takde msalah nak berkomunikasi sbgai sahabat di masa akan datang. saya akan doakan yg terbaik utk bekas suami .

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar) on

“Betul, saya dah suami sudah berpisah. Cukuplah sekadar saya berkongsi yang kami dah tak bersama dan sebab-sebabnya biarlah saya dan bekas suami simpan.
“Apa yang berlaku sudah tertulis. Saya reda,” tulisnya sebagai kapsyen.
Memetik laporan Mstar Online, rumah tangga mereka sudah lama bermasalah berikutan bekas suaminya yang bekerja di Singapura dan Kak Girl di Johor Bahru.
Menerusi perkongsian itu juga, Kak Girl menepis andaian perpisahannya dengan bekas suami berpunca daripada dirinya yang kian popular.
Malah, dia turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang fitnah tentang dirinya yang gemar membuat video lip sync sebagai punca perpisahan.
“Saya dan bekas suami Insya-Allah tiada masalah membenci antara satu sama lain. Saya juga berpisah cara baik atas persetujuan dua belah pihak,” ulas Kak Girl lagi.
Kak Girl turut mengambil kesempatan itu untuk mendoakan yang terbaik untuk bekas suaminya.
Kak Girl dan bekas suami berkahwin pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
Terdahulu, nama Kak Girl mencuri perhatian netizen apabila sering memuat naik video parodi lip sync sambil memandu.
Malah, aktor Bollywood popular Shah Rukh Khan turut pernah memberikan respon positif pada salah satu video lip sync Kak Girl bersama bekas suaminya di dalam kereta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

Tiga Pasangan Setia Bercinta Sampai Lanjut Usia!

gempak
02/11/2024
07:00 MYT
Berikut adalah beberapa pasangan terkenal yang telah hidup bersama selama puluhan tahun.
Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
23/10/2024
16:00 MYT
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.
Hiburan

15 Tahun Cerai… Yoyo Padi Akui Masih Sayang, Rossa Menangis Ucap Terima Kasih

gempak
12/10/2024
13:55 MYT
Usia perceraian penyanyi Rossa dan suaminya, pemain drum kumpulan Padi Reborn, Yoyo, sudah mencapai 15 tahun.
Unitar