,
Berita

Peroleh Skor 100 Peratus, Pelajar UiTM Cipta Sejarah Dunia

Kamaruddin Razal
06/12/2019
17:11 MYT
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menzahirkan rasa bangga apabila seorang pelajar Fakulti Perakaunan UiTM layak dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan dunia apabila memperoleh skor 100 peratus bagi kertas Recording Financial Transactions (FA1), lapor Bernama.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pelajar program Certified Accounting Technician (CAT), Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.
“Pencapaian itu melayakkan beliau dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.
“Kejayaan tersebut membuktikan dengan kesungguhan dan usaha yang gigih serta sokongan padu pihak universiti, rakyat Malaysia boleh mencapai pengiktirafan di arena global,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pelajar berkenaan melanjutkan pengajian di UiTM pada Julai lalu selepas memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mohd Azraai berkata bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak itu meneruskan kecemerlangannya di universiti apabila memperoleh skor tertinggi dalam peperiksaan FA1 walaupun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mata pelajaran perakaunan sebelum ini.
“Beliau merupakan pelajar aliran sains semasa di sekolah menengah namun memutuskan untuk menukar bidang kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar,” katanya.
Sementara itu, Hakeem menyifatkan interaksi antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting bagi menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.
Berkongsi petua mengenai pencapaiannya, anak ketiga daripada lima beradik itu tetap menjalani aktiviti bersama rakan seperti menonton filem dan bersukan namun meletakkan batasan serta memantau kegiatannya supaya dapat seimbang dengan pelajaran.
“Saya bersyukur dikelilingi rakan dan pensyarah yang sangat membantu walaupun saya selalu mengajukan banyak pertanyaan dalam kelas. Selain itu, pensyarah yang mengajar subjek ini juga sangat membantu semasa dan selepas waktu kuliah,” katanya.
Beliau turut menyatakan perancangannya untuk melanjutkan pengajian di ACCA setelah menamatkan program CAT bagi meneroka kerjaya dalam bidang percukaian kerana dilihat mencabar serta mempunyai peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.