,
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

Muhammad Firdaus
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal.

Terjumpa Pusat Servis Perodua Di Nepal

Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengembaraan memandu kenderaan jenis Proton Wira dari Malaysia ke Tibet sejauh 12,000 kilometer.
"Pusat servis Perodua di Nepal. Insya-Allah hari ni akan meneruskan perjalanan ke India. Teringin juga nak balik naik flight beraya selepas itu datang balik. Tapi belum pasti lagi," kongsinya.
Dalam pada itu, pusat servis berkenaan juga didapati bukan hanya fokus memberi servis terhadap jenama Perodua, tetapi turut pakar dalam menyelenggara kenderaan jenama lain seperti Proton dan Toyota.
Apa yang lebih mengagumkan, pemilik pusat servis itu juga dengan bangganya memaparkan sijil daripada Perodua dalam latihan teknikal yang menjadi bukti terhadap kebolehan profesional dirinya.

Netizen Terkejut & Bangga

Menjengah ke ruangan komen Facebook, segelintir netizen meluahkan rasa terkejut manakala sebahagian lagi menunjukkan perasaan kagum dengan pencapaian kenderaan jenama tempatan tersebut.
"Baru tahu dekat sana ada pusat servis Perodua,"
"Aik, Perodua ada juga ya dekat sana?"
"Wah! Singgah juga dekat pusat servis Perodua Nepal. Terbaik!
Sekadar info, Fawaz sebelum ini pernah viral di media sosial selepas menguar-uarkan pengembaraannya memandu kereta selama 11 hari sejauh 12,000 kilometer dari Malaysia ke Tibet.

BERITA TRENDING: Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

BERITA TRENDING: Cetus Provokasi & Guna Nombor Plat Palsu, Pemandu Myvi Samseng DitahanSumber: Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.