,
Laman Utama

Pernah Temu Ramah Nelson Mandela, Semak 7 Fakta Menarik Tentang Personaliti TV Zalina Azman

Shahrin Zulkifle
20/07/2022
05:00 MYT
Misteri kehilangan pembaca berita televisyen era 90-an, Zalina Azman, menjadi bualan hangat ramai pihak sejak beberapa hari lalu.
Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya bagi memaklumkan berita bapa kepada pembaca berita itu telah dimasukkan ke hospital.
BACA: “Where Are You Zally?” – Bekas Personaliti TV3 Zalina Zalim Dilaporkan Hilang Sejak November lalu
Berikut merupakan 7 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang wanita yang disifatkan seorang elegan itu:

#1 Zalina warganegara Indonesia

Nama asalnya ialah Zalina Shaara Azman dan mencecah usianya 58 tahun pada 2022, wanita itu sebenarnya berkewarganegaraan Indonesia.

#2 Zalina punya Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan

Semasa kecil dia menamatkan pendidikannya dengan memperoleh gred yang baik di sebuah sekolah terbaik di tempat tinggalnya. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dan mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

#3 Zalina temuramah Nelson Mandela

Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.

#4 Zalina pernah temuramah Beyonce & Britney Spears

Beliau turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.

#5 Zalina tulis buku

Selepas bersara, Zalina telah mengeluarkan naskah yang ditulisnya sendiri. Antara karyanya adalah Mystical Mangla dan V Vintage.

#6 Zalina hos AJL

Selain menjadi pembaca berita, Zalina pernah mengemudi anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi tahun 2000 dan 2001

#7 Zalina berkahwin dan punya dua anak lelaki

Status Zalina adalah sudah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki bernama Mikhael Norman,33, namun identiti suaminya tidak pernah didedahkan.
Sementara itu, usaha pencarian masih dijalakan oleh pihak berkuasa dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.
Sumber - The Daily Wiki Biography, Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.