,
Laman Utama

Pernah Sertai AF2016, Isyariana Lancarkan Lagu 'Bisik Hati'

Amri Hassan
07/06/2021
06:52 MYT
“Bisik Hati” merupakan single solo pertama Isyariana selepas menyertai program Akademi Fantasia pada tahun 2016.
Memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 2014 dengan kumpulan duo ‘Hanarose’ bersama Eka Sharif di bawah didikan Cat Farish, Isyariana pernah menghasilkan single duo pertamanya bertajuk “Girlfriend”.
Isyariana kini mengorak langkah dengan melancarkan single baharu yang bertajuk, “Bisik Hati” yang telah dilancarkan pada 6 Jun 2021 (Ahad) menerusi laman Youtube miliknya, Isyariana TV.
"Lagu Bisik Hati ini berkisarkan mengenai cinta yang agung. Lagu ini tentang bisik hati seorang insan terhadap sang pencipta-Nya," katanya.
Lagu bergenre balada ini dicipta oleh Ikhwan Fatanna bersama Wan Salleh serta lirik juga hasil nukilan Ikhwan Fatanna.
Menyepi sebentar di dalam bidang nyanyian, kerana memberi lebih tumpuan kepada bidang lakonan, Isyariana yang juga pelakon utama drama “Hati Yang Dikhianati” memberikan lagu “Bisik Hati” ini sebagai hadiah khas kepada semua yang sentiasa menyokong selama ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.