,
Gaya Hidup

Pernah Rugi RM2 Juta, Jurusolek Buka 3 Kilang Sendiri! - "Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya"

Amri Hassan
18/01/2023
10:24 MYT
Kegagalan sekali hingga mengakibatkan kerugian RM2 Juta saat kilang kosmetik dibuka bersama suami pada tahun 2016 tidak pernah membantutkan perjuangan usahawan terkenal Eiyma Jalil.
Malah episod kegagalan akibat isu kesilapan teknikal bancuhan bahan digunakan dalam produk kosmetik tidak memenuhi piawaian pelanggan itu dilihat sebagai isyarat berharga.
Bagi bekas pekerja bank dan bekas jurusolek artis dengan nama penuh Norazimah Jalil ini, kegagalan itu menjadi titik tolak kepada kejayaannya kini.
Dia hingga kini memiliki tiga kilang kosmetik sendiri dan jenama produk kecantikan, Haus Cosmetics. Kisah suka duka dan perjalanan turun naik usahanya itu dikongsi di aplikasi TikTok bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 5 Januari lalu.
@eiyma.jalil Episode 42: Motivasi diri sangat penting untuk kekal positive dan berjaya cemerlang. Selamat datang 2023. Happy birthday to me♥️ #haus #magicpinky #compactpowder #eiymajalil #stressrelief #anxiety ♬ original sound - eiymajalil COSMETIC FORMULATOR
“Hasil duit simpanan, saya berjaya dan nekad membuka kilang kosmetik sendiri sekitar 2016. Masa itu cita-cita besar dan melangit kerana kilang berkenaan menjanjikan formula halal tahap antarabangsa.
“Tapi malang tak berbau, kilang itu kerugian RM2 juta pada tahun kedua operasi iaitu 2017. Saya termenung dan jatuh terduduk mengenangkan nasib diri. Jumlah kerugian itu bukan kecil anak.
“Namun gagal sekali, bukan bererti gagal selamanya. Tapi kita perlu bangkit, konsisten dan fokus dengan impian yang mahu digapai. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun setiap yang terjadi terselit hikmah bermakna,” kata Eiyma.
Menerusi video sama juga, Eiyma mengimbas kembali memori lama waktu muda.
“Memang rindu zaman dulu kala waktu remaja dan zaman kanak-kanak. Saya anak sulung daripada empat beradik, datang dari keluarga sederhana. Saya pernah belajar di sekolah agama. Lagak saya dulu macam ustazah, jangan main-main.
“Tahun 2000, saya menamatkan pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kuantan, Pahang. Kemudian, terus dapat kerja di bank. Tahun 2018 saya berkahwin dengan Azizi Mohd dan dikurniakan tiga cahaya mata.
“Malah saya sempat sambung pengajian ijazah sarjana di UiTM, Shah Alam pada 2019. Masa itu, saya bekerja bank sambil belajar selain jadi jurusolek artis,” katanya yang ketika tempoh itu turut hamil tujuh bulan anak pertama.
Tambah pemilik syarikat GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd ini lagi, istilah putus asa tiada dalam kamus hidupnya.
“Saya berusaha bangkit semula memikirkan idea baharu. Allah bagi jalan keluarkan jenama kosmetik Haus pada 2017. Saya, suami, staf dan ejen bertungkus lumus menaikkan jenama ini siang dan malam.
“2020 saya juga mula memberanikan diri membuat lintas langsung di media sosial, walaupun muka saya tak lawa. Saya optimis mengajar masyarakat dan pengguna mengenai bahan, teknologi dan cara cari produk selamat.
“Siang malam lintas langsung, walaupun tak ada orang ‘view’. Selepas beberapa tahun konsisten, ia membuahkan hasil,” katanya.
Eiyma menjelaskan rezeki Tuhan tidak pernah salah alamat.
“Tahun 2021, Tuhan beri nikmat terindah di era pandemik COVID-19 apabila bedak Magicpink Compact terjual 100,000 unit. Taruhan produk baharu, suplemen Beaubright juga berjaya dicetuskan dengan kolaborasi saintis dari Switzerland yang juga pengasas Mibelle Biochemistrry, Dr Fred Zullie.
“Lebih manis kembara perjalanan ini turut diiktiraf anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award. Harapnya akan ada banyak lagi kejayaan manis, kecemerlangan dan terus kaya menyusul selepas ini,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar