,
Laman Utama

Pernah Juara Pertandingan Keroncong, Kenali Si Genit Juara Big Stage 5 Nadeera Zaini!

Gempak
10/07/2023
15:45 MYT
Nadeera Zaini atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini sudah lama menapak dalam industri nyanyian tanah air, namun bakatnya seakan-akan tenggelam timbul.
Walau bagaimanapun, kemenangan Nadeera dalam pertandingan Big Stage 5 baru-baru ini telah membuktikan segala-galanya bahawa beliau sememangnya penyanyi yang mempunyai bakat luar biasa.
Nadeera juga merupakan sahabat baik kepada penyanyi terkenal Aina Abdul dan pernah menjadi teman serumahnya suatu ketika dahulu.
Beliau yang mempunyai tubuh badan yang kecil seringkali membawa lagu yang bernada tinggi dan menguji vokal.
Jom kita kenali serba sedikit latar belakang juara Big Stage 5 2023 ini:
1. Lahir pada 18 September 1993 2. Anak jati Mersing, Johor 3. Anak bongsu daripada dua beradik 4. Menjuarai pertandingan keroncong dan Bintang Idola peringkat Negeri Johor 5.Mara ke pusingan akhir dalam program nyanyian All Together Now Musim 2 6. Pernah merakam beberapa single seperti Hasrat Hati, Nyawa, Panah, Tentang Kita (duet bersama Khareez), Duka (duet bersama Dany Seth) dan Eyo (duet bersama Khenobu).
Kemenangan Nadeera dalam pertandingan Big Stage 5 melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.00 serta sebuah lagu baru daripada komposer antarabangsa, Hyuk Shin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"

gempak
08/09/2024
01:55 MYT
Model dan pelakon Sandra Lim menepati ramalan selepas dinobatkan Miss Universe Malaysia 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.