,
Laman Utama

Pernah Jadi Pemabuk, Aamir Khan Dedah Punca Berhenti Minum

Maliah Surip
16/03/2022
13:55 MYT
Aktor kesayangan Bollywood, Aamir Khan mendedahkan dirinya pernah menjadi pemabuk suatu masa dahulu.
Aamir mengaku dirinya pernah menghabiskan satu botol alkohol untuk sekali minuman dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bermoral. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk berhenti menjadi pemabuk.
“Saya mahu berkongsi kisah ini. Saya pernah menjadi pemabuk namun akhirnya memutuskan untuk berhenti dari mengambil alkohol,” ujar Aamir sewaktu temubual bersama News18 baru baru ini.
Beliau memanjangkan kisah: “Sebenarnya saya bukan pemabuk yang meminum alkohol setiap hari. Saya meminumnya sewaktu menghadiri acara keraian.
“Tapi masalahnya, apabila saya mula minum, saya boleh menghabiskan sebotol alkohol dengan ‘sekali jalan’. Itu adalah sangat tidak baik.”
Mengaku perbuatannya itu tidak elok, malah boleh membinasakan diri dan sekeliling saat berada dalam pengaruh alkohol.
“Apabila dalam keadaan mabuk kita selalu tidak sedar perbuatan atau perkataan yang dikeluarkan. Dan ini akan membuat kita menyesal selepas itu.
“Cuma sepanjang saya masih minum, tidak pernah berlaku hal buruk yang besar. Tapi saya selalu percaya apabila seseorang sudah hilang kawalan, pertimbangan mereka akan ikut hilang. Semuanya akan jadi serba tak kena,” luahnya lagi.
Lantaran sedar dirinya mungkin akan binasa jika terus minum alkohol, Aamir memutuskan berhenti.
“Saya percaya semua hal perlu berada dalam kawalan. Saya tidak fikir saya boleh kawal alkohol. Jadi lebih baik saya berhenti minum,” katanya.

Pendedahan tersebut dilakukan Aamir sewaktu meraikan ulang tahun ke-57nya

bersama media tempatan.
Dalam temubual sama, beliau turut berkongsi mengenai kehidupannya bersama anak perempuan, Ira Khan dan anak lelaki, Junaid Khan dan Azad Rao Khan. Aamir sebelum ini pernah dua kali berkahwin, yang pertama dengan Reena Dutta (1986-2002) dan Kiran Rao (2005-2021) catat Hindustan Times.
Kemunculan Aamir dalam naskhah terkininya, Laal Singh Chaddha dijadualkan ditayangkan pada 11 Ogos depan. Filem tersebut turut dibintangi bintang terkenal Kareena Kapoor, Mona Singh dan Naga Chaitanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar