gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘Influencer’ Tayang Jam Tangan Palsu, Izara Aishah ‘Geram’ - “Duk Jeling-Jeling Kat Orang…”
HIBURAN
BTS Umum Comeback Album Penuh, Konsert Jelajah Tahun Depan
BERITA
Astro AWANI Terima Pengiktirafan Sebagai Jenama Berita Malaysia Paling Dipercayai 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pernah Gagal Dalam Percintaan, Farisha Iris Tak Serik Nak Bercinta Lagi - “Saya Sedang Mengenali Seseorang Tapi…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
16/04/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Gagal Dalam Percintaan, Farisha Iris Tak Serik Nak Bercinta Lagi - “Saya Sedang Mengenali Seseorang Tapi…”

Pernah trauma dalam percintaan disebabkan gagal dalam perhubungan sebelum ini, namun penyanyi Farisha Iris mengakui dia tidak pernah serik untuk kembali bercinta.

Belajar untuk tidak terlalu berkongsi jika hubungan belum lagi sah, Farisha atau nama sebenarnya Farisha Asmadi, 26, berkata dia kini lebih berhati-hati dalam perhubungan.
“Saya okay sahaja dan tiada masalah pun. Tidaklah saya trauma ataupun sebagainya, tapi bagi saya pasal hubungan ini lebih baik kita tidak mewar-warkan kepada sesiapa.

“Dunia sekarang menakutkan, saya taknak menyalahkan penyakit ain, jadi saya masih berjaga-jaga. Kalau sah baru saya sebarkan pada seluruh dunia.

“Kalau berkahwin nanti saya akan beritahu saya takkan sorok tapi saya bukan popular mana nak umum pada semua orang,” katanya kepada Gempak.
Farisha Iris berkata demikian ketika menghadiri sesi media bersama Bernadya yang berlangsung di The Jounal Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, pelantun lagu Hello turut berkongsi dia sekarang sedang mengenali hati budi seorang jejaka, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan.
Tambahnya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu banyak berkongsi dan hanya mengharapkan yang terbaik.

“Saya sekarang sedang mengenali seseorang tapi siapakan individu itu biarlah rahsia. Tak mengapa kenal lama-lama takut nanti misalnya, dia baran atau sebagainya. Saya suka ciri-ciri lelaki pendiam.

Jadi minta doa yang baik-baik sahaja,” jelasnya.

Bagaimanapun, Farisha juga berkata dia kini sidang menikmati kehidupan justeru perkahwinan bukanlah suatu yang dikejar buat masa ini.

“Saya datang beraya pun orang bertanya bila mahu kahwin? Tak pasti mengapa orang bertanya dan mengapa orang ukur kejayaan dengan perkahwinan,” katanya.

Dalam masa sama, Farisha mengakui sekarang sedang seronok berkhidmat sebagai pensyarah sejak September lalu di sebuah pusat pengajian swasta.
Bekas peserta Big Stage musim ketiga itu juga kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi dan Media di UiTM Shah Alam.

BERITA BERKAITAN: "Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

BERITA BERKAITAN: Konvo Diploma, Farisha Iris Tunggu 2 Tahun Lagi Untuk Tamat Sarjana Muda - “Tak Pernah Bosan Sambung Belajar”

BERITA BERKAITAN: “Tak Boleh Ke Kawan Nak Datang Teman?” - Farisha Iris Kata Tak Bercinta Dengan Niezam Zaidi Lah

BERITA BERKAITAN: “Saya Kurang Pengetahuan Sejarah Malaysia” - Farisha Iris Gigih Pusing Banyak Negeri Ketika PKP Demi …

Topic Berkaitan
#Bercinta
#Berkahwin
#Tak
#Farisha Iris
#Serik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement