,
Laman Utama

Pernah Disindir Tak Faham English, Dr. Erin Anggap Penyanyi Rap Ini Sedang Terima Karma - "Tak Lambat, Cepat... Kira Dah Seri 0-0 Ye"

Amri Hassan
23/07/2021
09:06 MYT
"Hai bro. Sudah mental ke? Mungkin ia juga kesan dari Allah tengah makbulkan doa orang teraniaya dengan content kita tu. What you give you get back," demikian tulisan bekas isteri pendakwah popular Da'i Farhan, Dr. Erin menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.
Dalam hantaran berbentuk video itu, Erin kongsikan semula perbualannya bersama individu terbabit sekitar akhir tahun 2019.
Individu yang dipercayai penyanyi rap lelaki itu difahamkan pernah mengulas mengenai peranan pendakwah dan permasalahan yang wujud dalam institusi masjid, tahfiz, jabatan agama Islam dan agensi umrah.
Bagaimanapun, ulasan terbabit menggunakan gambar dan wajah Erin bersama bekas suami yang suatu ketika pernah tular dengan kontroversi bernikah di Tanah Suci Makkah ketika mengerjakan umrah bersama-sama.
Hal itu kemudiannya mendapat reaksi balas Erin yang menghubungi pemilik akaun itu menerusi kiriman mesej langsung. Erin menegur tindakannya dan menasihatinya agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang ulasan di media sosial.
Kiriman teks Erin kemudiannya dijawab dan dibalas dengan cara sarkastik selain memperbetulkan penguasaan bahasa Inggerisnya.
"Tak lambat, cepat. Doa orang teraniaya ni direct express way Allah makbulkan. Dulu buat content pakai gambar kita bagi orang maki kita berjemaah, la ni Allah bagi sendiri rasa mental macam mana sampai kena makan pil sebab content sendiri.
"Sebab itu hidup ni jangan seronok sangat nak bahan orang. Tak kena kat kita, anak cucu cicit kita pasti tak lepas. Tapi memandangkan tanda-tanda Yakjuj Makjuj pun dah turun, makna kata memang dah sampai akhir zaman dah kita ni.
"Allah bayar drive thru je, dulu nak recommend akak sekolah belajar English putar alam macam dia tu yang suka petik sini, content bagi orang maki kita lepas tu kita tanya kata kita tak faham English pula. Baling batu sorok tangan. La ni terasa nak offer pakar psikatrilah," kata Erin.
Terkini, penyanyi rap lelaki itu sedang menjadi bualan netizen susulan beberapa isu berkaitan dengan misi bantuan kemanusiaan di luar negara.
Justeru, tambah Erin, apa yang berlaku padanya suatu ketika dahulu kini dirasai semula oleh individu terbabit dan menganggap mereka kini sudah seri.
"Tak minat nak ambil tahu hal orang ni tapi sebab dia pernah buat content pasal kita. Luka parut kita yang rasa dan tanggung, jadi tak salah nak buka jahit di luka. Kira dah seri makna kata 0-0 ye. Selamat hari raya, salam ummah rapatkan saf," tulisnya lagi.
BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp
BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.