,
Hiburan

Pernah Dirai Selepas Menang AF, Mawi Bantu Baik Pulih Masjid Di Kelantan

Amri Hassan
25/08/2020
04:35 MYT
Penyampai radio Zayan, Mawi memilih Kelantan sebagai destinasi untuk inisiatif kerja amal sukarela bagi menzahirkan keprihatinan kepada negara tercinta.
Jelas Mawi, Kelantan dipilih sebagai destinasi kerana kenangannya diraikan di negeri tersebut selepas dinobat sebagai penyanyi fenomena tsumawi.
"Saya memilih untuk berkhidmat dalam kerja amal di Kelantan kerana negeri ini memiliki ciri ciri yang sangat memberi ketenangan apatah ianya digelar negeri serambi Mekah.
"Lagipun sebenarnya walaupun saya anak jati Johor, berbakti kepada negeri lain ini adalah bukti sebagai kita semuanya adalah satu. Malaysia itu adalah kita semua," ujarnya.
Antara aktiviti yang akan dilakukan dalam lawatannya ke Kelantan ialah, melawat masjid-masjid bersejarah dan lokasi-lokasi yang memiliki kisah kisah berkaitan keagamaan.
GOKELANTAN adalah kempen yang dicetuskan oleh Pengurus Kandungan Radio Zayan sendiri, Wan Syahrul Amry Wan Mansor.
Sebagai anak jati negeri Kelantan, beliau ingin melihat negeri kelahirannya semaju negeri negeri lain di Malaysia.
Wan bekerjasama dengan Mawi memandangkan kedua-duanya memiliki minat yang sama terhadap kerja amal berkaitan memulihara senibina masjid dan surau.
"Saya berharap, lebih ramai selebriti atau influencer yang mengikuti jejak langkah Mawi iaitu dengan memanfaatkan populariti yang dikurniakan Allah taala," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Drama

Bermasam Muka Sebab Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, Bolehkah Daniel Dan Stopa Berbaik?

gempak
06/09/2024
09:55 MYT
Setelah sekian lama berperang bagi menentukan nasi dagang negeri mana paling sedap, akhirnya Stopa dan Daniel membuat keputusan untuk bergabung.
Hiburan

Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”

gempak
05/09/2024
08:55 MYT
Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man rock oo’ memberitahu dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.