,
Laman Utama

Pernah Diiktiraf Sebagai Pengarah Paling Termuda, Ini Senarai Filem & Drama Arahan Syafiq Yusof

Asyikin Mayudin
16/05/2023
12:55 MYT
Figura yang boleh dijadikan sebagai idola dalam dunia perfileman, pengarah terkenal Syafiq Yusof memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya filem sulungnya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012).
Sekaligus ia melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem a Malaysia yang ke-25 dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book Of Records.
Malah untuk filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 yang dibintangi oleh Zizan Razak, Shahiezy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish turut mendapat arahan daripada Syafiq.
Ini senarai filem dan drama yang pernah diarahkan oleh anak kepada penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam;
Filem
  1. SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012)
  2. Abang Long Fadil (2014)
  3. Villa Nabila (2015)
  4. Mat Moto (2016)
  5. Desolasi (2016)
  6. Abang Long Fadil 2 (2017)
  7. KL Special Force (2018)
  8. Rise To Power : KLGU (2019)
  9. Misteri Delaila (2019)
  10. Penunggang Agama (2021)
  11. Penunggang Agama 2 (2021)
  12. Abang Long Fadil 3 (2022)
Drama
  1. Roda-Roda Kuala Lumpur (2008-2013)
  2. Gerak Khas (2009-2011, 2014-2021)
  3. Evolusi KL Drift: The Series (2012-2013)
  4. Cinta Dari Marith (2015-2016)
  5. Gerak Khas Undercover (2021-2022)
  6. Special Force: Anarchy (2023)
Untuk maklumat, tiket untuk menonton filem aksi komedi terhebat iaitu Polis Evo 3 sudah boleh dibeli bermula 11 Mei di pawagam seluruh negara.
Menariknya lagi, penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.
Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.
Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket di pawagam, boleh layari https://www.tgv.com.my/movies/polis-evo-3 dan https://mbocinemas.com/Browsing/Movies/Details/f-F000000283
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.