,
Hiburan

Pernah Cover Lagu Boy With Luv BTS Versi Dakwah, The Truth Bukan Duo Nasyid Tipikal

Kamaruddin Razal
07/08/2020
00:25 MYT
Kumpulan duo The Truth yang dianggotai oleh Naufal Isa, 22 dan Irwan Fariz, 21 enggan dikenali sebagai penyanyi nasyid tipikal.
Berpayung di bawah label Tarbiah Sentap Records, The Truth mahu menampilkan kelainan supaya menarik minat ramai.
"Kami lebih selesa dikenali sebagai kumpulan yang versatil. Kami mahu mencuba pelbagai genre, tetapi biarlah setiap lagu yang kami sampaikan mempunyai mesej, moral serta memberikan impak positif.
"Sebelum kami muncul dengan single sendiri, kami telah terlebih dahulu merakamkan lagu cover seperti Boy With Luv nyanyian BTS, Without Me nyanyian Halsey, Any Song nyanyian Zico dan banyak lagi.
"Tetapi semua lagu yang kami cover telah ditukarkan liriknya dalam bahasa Melayu dan kami berikan lirik yang positif. Kami enggan kelihatan tipikal dan mahu menarik minat orang ramai," kata Naufal kepada Gempak.
Selepas mendapat banyak respon positif menerusi lagu cover yang mereka bawakan, kini The Truth sudah muncul dengan single perdana berjudul Cinta Sementara.
"Alhamdulillah, semenjak ia dilancarkan pada 3 Julai yang lalu, lagu ini berjaya meraih hampir 450,000 tontonan di laman YouTube.
"Lagu ini membawa cerita mengenai manusia yang mengejar cinta dunia dan cinta manusia, sedangkan cinta itu hanyalah sementara kerana hanya cinta Allah yang hakiki," kata Irwan pula.
Sementara itu, pemilik label Tarbiah Sentap serta penulis novel terkenal, Ustaz Adnin Roslan berharap agar lagu Cinta Sementara menjadi satu langkah mula yang baik.
"Kami berharap permulaan ini dapat diterima baik oleh pendengar dan peminat. Semoga lebih banyak karya yang berunsur positif dapat kami hasilkan di masa akan datang, Insya-Allah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!
Laman Utama

“Ini Bukan Butter, Ini Planta” - Terima Pelbagai Reaksi Nyanyi Lagu BTS, Ini Respons Amir Ahnaf

gempak
11/12/2023
00:55 MYT
Terbaik Amir!