,
Laman Utama

Pernah Benci Ibunya, Aurel Hermansyah Ikhlas Berdamai Dengan Kris Dayanti

Maliah Surip
28/07/2023
13:40 MYT
Hubungan kurang baik di antara pesohor Indonesia, Kris Dayanti dengan anak perempuan hasil perkahwinan pertama bersama Anang Hermansyah iaitu Aurel bukan satu rahsia.
Namun seiring usia bertambah dan perubahan statusnya yang bakal menjadi ibu dua anak, hubungan Aurel dan Kris Dayanti semakin pulih dan kembali akrab.
Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia memang benar-benar ikhlas berdamai dengan ibunya dan tidak mahu membawa ego sehingga menyesal.
“Sekarang berjalannya usia sudah dewasa, saya sekarang jadi lebih lapang dada dan ikhlas saja," kata Aurel saat menjadi tetamu di YouTube Curhat Bang Denny Sumargo seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Isteri Atta Halilintar itu juga menganggap masa lalu hanya bahagian dari masa lalu dan memilih untuk mengalahkan egonya.

"Ya sudah, itu kan udah bertahun-tahun lalu. Iya ada luka, cuma mahu sampai bila?"

“Kalau saya terus melayan ego sudah tentu sampai sekarang pun tidak akan baik,” katanya lagi.
Tambah Aurel antara sebab yang membuatkan dirinya membuang ego dan berbaik dengan ibunya adalah kerana puteri sulungnya, Ameena.
Dia mengaku tidak mahu Ameena melihat ketegangan di antara mereka.
“Sudah ada Ameena, saya tidak mahu dia tahu nanti kasihan tapi sekarang semua hal ini (perseteruan) ada dalam internet.
“Yang penting saya tak mahu Ameena lihat dan tahu,” ujarnya lagi.
Sebelum ini Aurel diketahui membenci ibunya kerana penyanyi lagu Menghitung Hari tersebut berlaku curang lalu berkahwin dengan suaminya saat ini, Raul Lemos.
Dia juga memilih mengikut Anang sehingga komposer dan penyanyi itu berkahwin dengan Ashanty serta tidak bertegur dengan ibunya sendiri untuk satu tempoh yang agak lama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.