gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Pernah Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’ Filem, Fify Azmi Ambil Masa Lama Untuk Sembuh - “Kesakitan Itu Masih Ada Lagi”

gempak
Asyikin Mayudin
04/04/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’ Filem, Fify Azmi Ambil Masa Lama Untuk Sembuh - “Kesakitan Itu Masih Ada Lagi”
Bakal jalani sesi latihan untuk filem Felino, pelakon Fify Azmi mengakui dia mungkin akan kurang mengambil tawaran karya yang mempunyai babak aksi.

Masih rasa sakit

Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, ia berikutan badannya mengambil masa untuk sembuh daripada kecederaan yang dialaminya dalam filem aksi sebelum ini.

“Bukan nak cakap ini kali terakhir (berlakon babak aksi) tapi makin lama badan kita susah nak sembuh. Lagipun saya pernah alami kecederaan sebelum ini.

“Saya tak pergi buat fisio, jadi kesakitan itu masih ada lagi. Tapi untuk filem akan datang ini, saya tetap akan buat sehabis baik,” kata Fify kepada Gempak.

Proses untuk sembuh

Kata pemilik nama Nur Afiqah Mohamed Azmi ini, lehernya pernah terkehel ketika jalani penggambaran filem Wira pada lima tahun lalu dan proses untuk sembuh mengambil masa yang agak lama.

“Bukan saya tak nak buat dah filem aksi. Tapi sebab proses untuk nak sembuh itu agak lama dan berpanjangan. Masa saya jalani penggambaran filem Wira, leher saya terkehel.

“Dah lebih kurang lima tahun… tapi Alhamdulillah saya okay saja, masih boleh bernafas. Saya tak pergi terapi, tapi ada la hari-hari saya buat senaman,” katanya.

Jalan cerita

Bagaimanapun, Fify memberitahu dia masih akan menerima tawaran melibatkan babak aksi namun hanya akan memilih selepas melihat jalan cerita dan pengarah.
“Saya tengok pada jalan cerita, pengarah… tengok berbaloi ke tidak,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Cedera
#Fify Azmi
#Filem Aksi
#Babak Aksi
Must-Watch Video