,
Laman Utama

Perkongsian Siti Nurhaliza Mengenai Palestin Mula Disekat - “Tak Mengapa, Usaha Diteruskan”

Asyikin Mayudin
18/10/2023
04:55 MYT
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti tempatan yang terawal dan banyak berkongsi mengenai Palestin di media sosial.
Bagaimanapun Siti Nurhaliza menerusi Instastory miliknya memaklumkan beberapa perkongsian yang dimuat naik sebelum ini melibatkan kesengsaraan rakyat Palestin sudah mula disekat.
Hal tersebut tidak menghalang atau membuat Siti Nurhaliza berhenti untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin.
"Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan," maklumnya.
Dalam perkongsian yang sama, pelantun lagu Cindai itu turut meninggalkan pautan laman sesawang untuk orang ramai menderma kepada tabung bantuan khas Palestin.
Terdahulu, Siti menerima pujian netizen apabila dia dilihat giat memuat naik hantaran memberikan kesedaran mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Menurut seorang netizen, meskipun Siti baru sahaja melancarkan dua muzik video terbaharu, namun dia lebih mementingkan berita mengenai saudara sesama Islam yang ketika ini berperang dengan tentera Israel berbanding mempromosikan karyanya.
BACA SINI: Sokong Palestin, Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas - "Rezeki Ada...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).