,
Laman Utama

Perkenalkan Nama Anak, Wany Hasrita Sebak Lihat Bayi Cukur Rambut Selepas Genap 7 Hari Bersalin

Syafiqah Jalal
16/07/2023
03:31 MYT
Genap tujuh hari bersalin, penyanyi, Wany Hasrita, 30, berkongsi dia dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun menamakan bayi perempuan mereka, Aishah Al Iman.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia tiba-tiba rasa sebak sewaktu mencukur rambut anaknya itu.
"Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap tujuh hari dah. Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu tengok ibu dah sebak.
"Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh saja balik nanti," katanya.
Wany berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi yang dikenali dengan lagu Menahan Rindu itu turut memohon doa ramai agar Aishah menjadi anak solehah, lembut hati, cergas minda dan baik budi pekerti akhlaknya.
Dalam pada itu, Wany turut berkongsi terpaksa berpisah semalaman dengan bayinya itu selepas bersalin tempoh hari.
"Sebab kita tak buat majlis (cukur rambut), kita 'throwback' gambar masa ibu nak 'discharge' hospital hari itu.
"Muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal 'nursery' satu malam sebab (penyakit) kuning," katanya.
Wany bersalin secara normal lasa 8 Julai lalu. Dia dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.