Laman Utama
Perkembangan Terikini Covid-19, Dua Kematian Hari Ini Dengan 1,109 Kes Baharu
Malaysia merekodkan sebanyak 1,109 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 61,861 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat 10 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 11,307,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani.
Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian turut mencatat pertambahan dua kes menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kini sebanyak 350 kes.
Kesemua kes kematian baharu adalah di Sabah.
Setakat ini, sebanyak 113 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 41 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, Sabah menyaksikan negeri tertinggi pertambahan kes COVID-19 iaitu sebanyak 441 kes diikuti Selangor 175 kes, dan Negeri Sembilan 167 kes
Jumlah kes sembuh akibat COVID-19 terus catat pertambahan 1,148 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 50,204 kes.
Must-Watch Video