Berita

Perkahwinan Datuk Red, Datin Red Berakhir Dengan Penceraian, Sempat Bermaaf-Maafan

gempak
Mya Amri
14/05/2024
03:33 MYT
Sponsor Banner
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red Berakhir Dengan Penceraian, Sempat Bermaaf-Maafan
Rumah tangga usahawan Datuk Red bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim berakhir dengan perceraian talak satu.

Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah melafazkan talak tersebut pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada Selasa.

Perceraian

Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.
Antaranya perjanjian yang dilakukan Sharifah atau Datin Red adalah tidak menuntut nafkah iddah dan mutah.

Bermaaf-maafan

Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali yang terakhir.
Datin Red juga memaklumkan dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.
Untuk rekod, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atau nama sebenarnya suaminya Datuk Seri Adnan Abu pada penghujung Januari lalu.
Perkara tersebut diketahui umum apabila Sharifah memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.
Selain Sharifah, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu dan bercerai pada 24 April lalu.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya mempunyai lima orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Sedia Pikul Status Ibu Tunggal - “Nak Atau Tidak, Kena Juga Harungi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar